Friday 31 May 2013

Phuket Part 1

Salam bertemu lagi.......Kali nii nak kongsi pengalaman mengenai percutian bersama keluarga di Phuket, Thailand. Idea dtg dr sendiri dan baca blog kekawan. Sebenarnya i dah terbeli tiket ke Kuching (1-5 Mei 2012) tp wife i kata 'ke Kuching je.....i kan cuti panjang semester break'. Dgn perasaan serba salah i pun survey Air Asia. Akhirnya dpt tiket pergi balik Phuket 11 - 15 Mei 2013 dgn harga RM767 termasuk bag 20 kg. Ok lah tu...sesuai dgn Tema blog i 'Selera Tajam Budget Ciput'.

Hari Pertama (11 Mei 2013)
Tengah hari kira-kira jam  12.45 tgh, tgh bersiap. I tanya wife 'Boarding pass ada'. Dia jawap 'ada'. I kata lagi 'Check flight kul berapa'. Dgn selamba wife i ambil boarding pass dr handbag dia and check masa berlepas. Tiba-tiba 'BABA.... Flight kita kul 1.45 ptg' jerit wife I. I apa lagi....'mcm mana mama tengok..... kenapa tak check..bla  bla' bebel I. ' Sempat Baba jom kita gerak tak yah mandi' . I balas 'mana sempat' sambil terduduk tepi katil membayangkan kapal terbang dah terlepas. Tengah wife I kelam kabut...dia ambil semula Boarding pass and check semula...'Baba 1615 kul berapa' I jawap 'pukul 4 ptg....kenapa?' Huhh   Huhhh Huuuh..'Flight kita pukul 4 lah Baba'...Biar betul tadi kata kul 1.45...."Tadi tu masa nak balik nanti dari Phuket ke LCCT' mcm tahu je wife aku nii apa kata isihatiku. TIPS kat sini jangan kelam kabut.. kalau tak jadi mcm kami. Kemudian kami terus berkemas dan bergerak ke LCCT. Tepat jam 4.15 ptg kami meninggalkan LCCT. Flight hanya 1 jam 30 minit sahaja.

View dah nampak Phuket ke atau pulau lain..masa nak landing



Kami sampai di Phuket International Airport jam 4.35 ptg waktu tempatan. Selesai pemeriksaan kastam kami terus mencari pintu keluar. 

View Selamat sampai di Phuket International Airport 

View ruang bagasi. Sebenarnya tak boleh ambil gambar. Nii kira gambar curi lah ya tapi tak berdosa

 Kami di sambut oleh pelbagai agen yang menawarkan teksi yang berharga antara 800 - 1000 bath untuk ke Patong. Ada yang boleh cakap melayu lagi siap promote kata pakai Camry Toyota lagi. Tp My wife dah survey dulu sebelum ke Phuket and bagitahu teksi beharga antara 600 - 700 bath. So kami terus mengikut langkah dan terus belok kiri sambil mencari harga teksi yang berpatutan. Sampai di satu hujung kami jumpa sign board 'Taxi Meter'. My wife pun terus tanya harga  dan dapat harga 600 bath sahaj ke Patong. TIPS Buat survey dulu dan dapatkan harga yang berpatutan. Perjalanan mengambil masa lebih dari satu jam. Akhirnya kami sampai di Silver Resortel dah nak malam. Selesai urusan check in kami terus ke bilik.

View bilik di Silver Resortel. Selesa, katil besar sesuai dgn 1. Highly recomended.

Lepas mandi dan solat. Kami terus turun ke bawah mencari agen utk ke Phi Phi Island besoknya. Kekawan rupanya terl;alu banyak agen. Boleh deal dapatkan harga yang terbaik. Disebabkan kami di layan dengan baik kami terus ambil dua pakage di agen yg dekat dengan hotel kami. Memandangkan malam baru berlabuh kami ambil keputusan untuk bersiar di sekitar hotel. Tapak ..menapak...tapak...menapak belok kiri tiba-tiba dah sampai Patong Night Plaza. Kami layan je apa yang ada di jual disini.

View tapak kaki CK n my wife kat laluan pejalan kaki

View antara kedai HALAL yang ada di Patong milik org islam luar (timur tengah) yg kahwin dgn wanita tempatan. Terpesona cara diorang display seafood mentah. Tp I sekeluarga tak makan kat sini sebab mahal sangat

View CK dgn ikan massage alaa ikan yg makan saki baki kulit mati pada kaki

View Pintu gerbang Patong Night Plaza

View Salah satu gerai yang ada kat Patong Night Plaza. My wife sempat sambar FM utk diri sendiri dan rakan-rakan rapat

Kira kira sejam lepas tu kami berpatah balik ke Hotel. Kami kena makan makanan yang kami bawa iaitu Roti + Kari Segera......

View Banyak papan massage nii. Merata rata ada..So kalau penat bolehlah....layan

View lagi restoren and hotel. Kami tak lah duduk sini.

Habis hari pertama. Nanti I sambung dengan Phi Phi Island Trip pula........ zzzzzzz   ....ZZZZzz



















1 comment: