Tuesday 4 June 2013

Phi Phi Island, Krabi - Phuket Part 2

Hari Ke-dua (12 Mei 2013)
Salam....jumpa lagi


Hari nii kami akan ikut trip ke 'Phi Phi Island'. Semalam dah bayar kat agen 1150 TB seorang cuma CK dapat discount 100TB. Biasanya berharga 1500 TB tapi sebab kami pergi 'low season' maka dpt diskaun sikit. Kenapa low season ? Skrg nii musim hujan di Phuket. Buktinya mlm tadi hujan... so pagi nii langit nampak gelap. Apapun kami kena teruskan tour nii. Agent kata kalau bot dah jalan, ribut berlaku dan patah balik ..duit tak dapat balik. Kalau belum naik bot... okboleh dapat refund. Kami tunggu di lobby jam 8.30 pg. Van dtg 'pick up' kami tepat jam 8.30. Van terus bergerak ke hotel lain ambil customer yg nak ke Phi Phi Island juga. Jetty nak naik bot agak jauh terletak di Rasada Harbour. Kami akan menempuh bandar Phuket lama.  Akhirnya kami sampai Jetty...punya lah ramai org. Kebanyakkannya pelancong.Oh baru perasan jeti nii juga digunakan untuk ke tempat lain.. Hmm Hmm cuaca mendung tp ini tak menghalang kami sebab 'Captain bot' kata ok.

View Bot yang paling besar di jeti yang ada 3 deck tp kami tak naik bot nii. Mungkin digunakan waktu peak season


View di Jeti. Penuh dgn mat n minah salleh

View Jadual perjalanan dan tambangnya.

View Harga taxi dari mana kita datang 'one way'


So kekawan adalah berbaloi jika kita gunakan khidmat agen. Cuba u all conggak harga yang kami dapat dengan harga yang terpampang..... betul tak?.

View Bot-bot yang parking di jeti

View Bot ke tempat lain

View pemandangan sepanjang perjalanan ini..Menuju distinasi


Kami akan berhenti pada pantai pantai pd pulau pulau tertentu sebelum sampai ke Phi Phi Island. Kami sampai pantai yg pertama ....sorry kekawan lupa nama Beach tu. Disebabkan cuaca buruk kami tak boleh gi pantai. So I snap je dari jauh....

 
 View Payung pun tutup. Tak nampak sorang pun.....

 View Jeti terapung yg sepatutnya kami turun di sini ke pantai. Dari blog org lain dari jeti terapung nii boleh bagi ikan makan....
 
 View Bot kecil (Speed bot) boleh ,menghampiri pantai. U all kalau ada duit lebih boleh naik speed bot nii. Kalau tak salah I hargannya cecah 2000TH.

Than meneruskan perjalanan ke Monkey Beach. Tp bot kami agak besar so tak boleh menhampiri pantai. Dalam bot nak mencari parking utk sesiapa nak snorkling, kami diminta lunch dulu. Pakage yg kami ambil siap ada lunch. Jangan risau... halal. Akhirnya bot dpt parking satu spot kononnya byk ikan. Air lautnya memang cantik..,Anugerah Allah. Tanpa membuang masa Wife I n CK yg dr tadi dah bersiap cuba berenang tp mrk tak dibenarkan gi jauh n terpaksa berpaut pd tangga. Apapun dah rasakan ....oklah tu.....siap berhujan lagi.

 
 View pemandangan ketika menghampiri Monkey Beach

 
View Bot nelayan kot.....

View antara bot-bot yang membawa pelancong ke Phi Phi Island. 
Pilihan terletak di tangan anda.

View Ombak kuat menghempas batu di pantai.

 
 View Bot lain dan org tengah snorkling. Untuk pengetahuan U all, di letakkan tali keselamatan had utk snorkling. Life jaket dan gogle termasuk dlm pakage.

View Snorkling. Tapi kami pergi masa tak sesuai. Ombak agak kuat dan air laut pasang. 
Tak nampak pun monkey beachnya apatah lagi monkeynya

View Speed Bot dan customernya. Privacy sikit. Sebab tu yang langgan speed bot kebanyakkannya org gi honeymoon

View lagi speed bot. Cantik tak gambar niiii

 View CK n wife I. Oklah mama...dpt rasa air laut phuket. Tenggok CK seronok je... I yang kecut kat atas bot. Ombak tengah pasang siap hujan lagi.


Kami hanya dibenarkan 30 minit sahaja. Than kami bergerak ke Phi Phi Island. Wife I  and CK selamba je dgn pakai basah. Di Phi Phi Island, kami diberikan masa 2 jam 30 minit iaitu kul 2.30 ptg mesti berada di bot semula utk ke Phuket semula.


 View Bandar Phi Phi Island ketika bot menhampiri jeti

 
 View Kiutnya... anak sapa niii

View.. U all mesti suka gambar niii

View Bukti I dah sampai di Phi Phi Island

View laluan di gerai-gerai yang ada di Phi Phi Island

 View tempat wife I sambar magnet dan t-shirt

View.. Tafsir sendiri. Banyak fenomena begini..Dugaan

 View Map Phi Phi Island, Gerai T-shirt dan pintu masuk rumah hantu.

 View. Pemandangan yg menarik. Mcm dalam calender pulak

 View lagi.....Layan je


 View..Photographer n Writter


 View Niilah dia bot yang kami guna

 View Hidangan minum petang kami. 'Banana crepe' sedap juga n Teh O.

 View lagi....


Sampai di Rasada Habour jam menunjukkan kul 5.20 ptg. Hah dak nak maghrib. Dgn van yang kami datng kami balik semula ke Hotel. Kami bersihkan diri dan berehat seketika. Kemudian kami bergerak mencari makan malam di Gerai Kesuma.. Byk org kat sedap....So kami mencarinya sebab ia tak jauh dari hotel kami. 

 View Bandar Phuket lama.

 View hotel kami. Baju CK n Wife I pun dah kering sendiri.

 View tengah jalan ada iklan Thai Boxing di Bangla Stadium.

 View Makan malam kami. Yg bawah sekali tu i recomended U all try iaitu Isi Ketam Masak Kari Thai (250 TH). Sedap bro......


Than kami balik semula ke hotel. Kami perlu berehat sebab esok padat dengan aktiviti iaitu Elephant Riding, Ke Phromthep untuk sunset, Karon beach n Bangla Road........Nanti sambung lagi..........



















No comments:

Post a Comment