Sunday 26 May 2013

Beijing n Shanghai Part 4

Salam.
Sambung entry yg lepas iaitu masih hari ke-lima River Cruise di Huangpu River. Kekawan jangan lepaskan peluang utk River Cruise kerana lampu-lampu neon yang ada pada bangunan sepanjang sungai Huangpu sangat cantik. TG menerangkan bahawa semua bangunan di tepi sungai ni wajib memasang dan menghias bangunan masing-masing dengan lampu neon yang bewarna-warni atas arahan kerajaan Shanghai. Perjalanan Cruise ni tak lama hanya 2 jam 30 minit sahaja.

View. Org ramai di jeti untuk ke bot. Di sini pun sudah nampak lampu neon warna warni pada bangunan.


View Pemandangan seberang sungai sebaik naik bot



View Kapal yang cantik dihiasi dengan lampu


View lagi..Tak tahu nak kata apa.

View Bangunan Oriental Pearl Shanghai  pada waktu malam


View Contoh kapal persiaran untuk River Cruise

View lagi.....layan je lahhh

View lagi..Yang terang salah sebuah restoren mewah atas sungai Huangpu

View Oriental Pearl Shanghai dari jarak dekat


View lagi.........


View lagi bangunan pada The Bund

View lagi......apa pandangan U all..

Sebaik saja habis River Cruise kami terus balik ke hotel. Wah ..sungguh penat pada hari nii. Ramai yang memuji River Cruise. TG inggatkan kami besok berkumpul di lobi jam 8.30 pagi. Than kami pun .........dibuai mimpi.


Hari ke-Enam (6 Jun 2012)


Hari ini hari terakhir kami di Bumi China. Besok (7 Jun) flight kami ke Kuala Lumpur awal iaitu jam 8.30 pagi dari Shanghai ke Hong Kong  dan jam 11.50 pg flight dari Hong Kong ke Kuala Lumpur. Selepas sarapan kami bergerak ke distinasi pertama iaitu ke 'Shanghai Museum' yang terkenal menyimpan pelbagai koleksi barangan tokoh-tokoh terkenal dan sejarah Bandar Shanghai. Di sini ada sekuriti Check. Bagi perokok anda dinasihatkan menyimpan pemetik api dalam bas. Jika tidak ia akan dirampas di sini.  Di sini ada 4 tingkat. Setiap tingkat menyimpan barang-barang pameran berbeza mengikut tema.


View Pelbagai patung hiasan pada laluan masuk ke muzium.


View barangan lama yang menjadi koleksi muzium ini.


View Hiasan siling dengan arca yang tidak difahami.


View Sebahagian pakaian tradisional mengikut suku kaum di China.  Ada 156 suku kaum, I tak ambillah gambar semuanya.


View Matawang zaman dahulu. Memang banyak sungguh dr zaman purba mereka hinggalah ke zaman moden.


View Bangunan muzium keseluruhannya dari pintu belakang.



Setelah habiskan masa lebih 2 jam, kami keluar pintu belakang muzium terus menuju ke sebuah taman. Yang menariknya kita boleh lihat banyak bangunan pencakar langgit yang canggih. Kawasan nii juga penuh dengan orang ramai terutamanya local people. Mereka buat exercise and beriadah dengan keluarga.


View dari taman di belakang muzium Shanghai.


Seterusnya kami kedai wajib 2 iaitu kedai teh. Kami didemonstrasikan cara membuat teh yang pelbagai perisa. Kami juga diberikan satu cawan kecil untuk merasanya. 

View Jurujual teh siap boleh cakap indon sikit-sikit. Apapun mereka cuba jual teh sebanyak mungkin.


Kemudian kami bergerak ke restoren tempatan untuk makan tengahari. Kami solat di Masjid yang kami pergi semalam. Seterusnya kami ke tempat yang akhir untuk lawatan kali ini ...iaitu 'People Square'. Di sini I berpeluang merasai pengalaman di zaman 100 tahun yang lalu dalam suasana  pasar yang sesak dengan pelbagai orang.

View People Square..Ya betul penuh dengan orang ramai. Yang menariknya bangunan lama diperbaharui dan dikekalkan senibinanya.

View Senibina lama 100 tahun dahulu
View Ada bangunan yang cecah 4 tingkat. Mula mushkil..betulkan orang cina 100 tahun dahulu dah boleh bina bangunan 4 tingkat dari kayu... 


View Siap ada pejalan kaki atas air yang penuh dengan ikan Koi.


View Deretan kedai yang menjual pelbagai barang


View antara barang mewah yang dijual agak murah di sini


View Pelbagai barang mainan
View lagi....Kekawan bila ke sini mesti ingat pintu masuk dan keluar. Maklumlah tempat ini agak besar dan mempunyai banyak pintu masuk.


View Cerek dengan air hijau yang mengalir untuk menarik perhatian pelangan


View lagi..............

Tepat jam 6.00 ptg kami bergerak pula ke restoren tempatan untuk makan malam. Kami sampai di hotel jam 8.00 mlm. TG inggatkan kami packkan barang dengan baik dan berkumpul di lobi jam 6.00 pagi untuk urusan check out hotel.

Hari ke-Tujuh (7 Jun 2012)
Jam 4.30 pg wake up call berbunyi. Ahhh   Ahhhh. Siapkan diri dan terus turun ke lobi. Breakfast kami dalam bas iaitu telur rebus, roti dan juga 1 biji epal. Semua orang tak lalu makan. Sampai Shanghai International Airport jam 7.00 pg dan urusan check in dan kastam selesai dan kami terus berlepas ke Hong Kong (transit). ........Bye Bye Shanghai..........




No comments:

Post a Comment