Wednesday 24 April 2013

Beijing n Shanghai Part 1

Salam....Berjumpa lagi

Tanggal 1 Jun 2012, I berpeluang ke Beijing n Shanghai dgn POTO TRAVEL selama 7 hari 6 mlm. Sungguh I tak sangka I akan ke Bumi China pertama kali. My aim ialah Great Wall. Impian tercapai.

Hari Pertama (1 Jun 2012)
Kami berkumpul di KLIA jam 7.50 pg dan flight (Cathay Pasific) kami akan berlepas jam 10.50 pg. Kami dijangka sampai di Hong Kong Airport jam 2.40 ptg waktu tempatan. Flight (Dragon Air) seterusnya berlepas jam 5.00 ptg dan kami dijangka sampai di Beijing Airport jam 8.50 mlm. Di KLIA kami di sambut oleh Tour Leader (TL) dan Airport Officer dr POTO TRAVEL. Setelah diberikan sedikit taklimat mengenai Beijing kami ke Gate C32 utk berlepas ke Beijing. Akhirnya kami sampai di Beijing jam 9.15mlm. Tour Guide (TG)  Ah Tong sudah menunggu dan beliau boleh berbahasa Indon. Kami seteerusnya naik bas ke Hotel .. ... TL inggatkan kami  tiada breakfast di hotel dan kami akan memulakan lawatan tepat jam 8.00 pg. Wake up call jam 6.00pg. Setelah dapat kunci bilik kami terus ke bilik, bersihkan diri n zzzzzzzzzzzzzz

View Ketibaan di Beijing Airport bangunan baru. Menakjubkan dan sangat 
besar bangunan baru ni dibina sempena sukan olimpik di Beijing 2008.


Hari Ke Dua (2 Jun 2012)
Tepat jam 8.10 pg kami bergerak ke restoren tempatan utk Breakfast. Then kami ke Tian'an Men Square, merupakan dataran terbesar di dunia dan juga merupakan sempadan Great Hall of the People. Cuaca agak berkabus...nak kata jerubu mcm tidak. Entahlah... Yg penting I first time ke Beijing. Kami berjalan hampir 3 km utk sampai ke penghujung. Wah.....kekawan U all kena fit baru puas hati.

View Pintu masuk restoren tempatan utk kami breakfast

View tempat bas turunkan kami. Kami kena lalu terowong pejalan kaki bawah tanah 
utk ke Tian'anmen Square. Agak jauh juga dan banyak tangga.

View Abang Polis jaga lalu lintas. Motor besar tu...

View Gate Pemeriksaan Polis sebelum masuk ke Tian'anmen Square.

View .........Kesempatan yg ada digunakan sepenuhnya. 

View kedai di laluan ke Tian'anmen Square. Nampak tak tulisan arab tu...

View .....Restoren  Berperisa Itik Kot......

View Bunga bungaan penghujung musim

View Bunga lagi. Dekat laluan pejalan kaki sebelum melepasi pemeriksaan polis.

View Tian'anmen Square

Kekawan, Info Tian'anmen Square telah ada dlm entry terdahulu (Beijing Musim Sejuk).

View lagi...Sekitar Tian'anmen Square...Layan je lah.....

View Betapa luasnya dataran niii

View Map Tian'anmen Square. Yg penting kat sini lokasi tandas dan pintu keluar

 View Nampak dah Forbidden City siap dgn gambar pengasas komunis Mo Zee Thung

Seterusnya kami bergerak ke Forbidden City yg sangat masyur pd zaman pemerintahan Dinasti Ming sejak 500 tahun dahulu. Maaf kekawan Info Forbidden City juga ada dalam entry Beijing Musim Sejuk. Gambar macam blur...sebab cuaca bukan kamera.....

 View Forbidden City. Nampak tak askar ....??

 View Pintu masuk utama ke Forbidden City. Pelancong ramai kerana local 
people maklumlah China penduduknya ramai.....

View  Salah satu pertahanan pada zaman dahulu.

View Nak ke pintu kedua dalam Forbidden City

View melepasi pintu kedua

View Arca yg ada sebelum pintu ke tiga

View pintu ke tiga

View dr Pintu ke tiga mengadap pintu ke dua. Banyaknya manusia

View Istana Maharaja China Purba

View dataran bersebelahan Istana Maharaja. Nampaktak..bilik-bilik gundik 
Maharaja China. Ada yg mempunyai gundik seramai 3000 org. Wow

View Salah satu bahagian dalam istana.

View taman pada penghujung Forbidden City

Then kami bergerak ke restoren tempatan utk makan tengahari. Kebanyakkan menu berasaskan sayuran. Then kami bergerak ke Masjid Niujie utk solat. Masjid nii merupakan masjid yg tertua dan berdekatan denganya ada Muslim Super Market yg merupakan satu-satunya pusat membeli-belah utk muslim di Beijing.

View ruang solat di Masjid Niujie

View perkarangan Masjid

Then kami bergerak pula ke Silk Show Room. Kami ditunjukkan bagaimana menghasilkan kain dari sutera dan kami diajar cara membezakan yang mana asli dan yang mana palsu.

View Dr sini terhasilnya kain sutera

Kemudian kami dibawa ke restoren tempatan utk makan malam dan sebelum balik ke hotel kami menonton Persembahan Akrobatik.

 View pembukaan akrobatik

Kami sampai hotel jam 8.00 mlm. TG inggatkan kami berkumpul di lobi keesokkan harinya jam 8.00 pg.. Then zzzz  zzzzz












No comments:

Post a Comment