Thursday 23 May 2013

Beijing n Shanghai Part 2

Hari Ke Tiga (3 Jun 2012).

Kringgg  Kringg..Kringggggg...Wake up call dah bunyi. Than bersihkan diri, solat n bersiap. Yesterday TG dah inggatkan berkumpul di lobby jam 8.00 pg. Hari nii nak ke 'Great Wall'. Itulah tempat yg I nak sangat pergi. Nak tgk keajaipan dunia yang dibuat oleh manusia terdahulu dgn izin ALLAH. Tepat jam 8 pg kami bergerak ke restoren tempatan utk sarapan. TL dah inggatkan kami mkn lebih sikit sebab byk nak pakai tenaga kat Great Wall nanti. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit atau lebih bergantung kepada trafik di kota Beijing. Memang pun jalan raya penuh sesak ngan kereta, org Beijing nak gi kerja. Selepas 1 jam.. tiba-tiba kami berhenti di kedai wajib yg pertama iaitu 'Jade Museum' ...... Di sini ada jual jed dan juga brg permata perhiasan wanita. Harga agak mahal dan diorang punya offer mcm lah... harga tu murah. Jgn mudah percaya. I beli seutas rantai utk CK. Utk MAMA dptlah sebentuk cincin dr batu amyties. Kami diberikan masa sehingga lebih dr satu jam.

 View Pintu masuk utama
 
 Atas View antara perhiasan yg ada. Bawah View Org Malaysia kononya nak beli..Disebabkan harganya mahal ... So ramai yang telan air liur je..


 View Model Kapal dari jed hijau (bawa ong kononnya). Agaknya 
berapa harganya

 View permata merah (lagi bawa tuah oiii). Satu biji yang kecil tu..kalau tak silap I harganya cecah 200 USD

 View lagi barang perhiasan

View Hero.....Ok tak..Kebetulan ada org tolong ambil gambar


Kami meneruskan perjalanan ke Great Wall. After 2 jam kami sampai di kaki gunung yg ada Great Wall tu. Memandangkan kami dah sampai lewat maka TG mencadangkan kami mkn tgh dan solat di restoren tempatan dekat dgn Great Wall. After solat kami ke Great Wall. Kami diberikan masa 2 jam sahaja. I terfikir mana sempat nak naik Great Wall. Ikut je..laaaaah. Disini ada kostum pahlawan dan puteri Zaman Dahulu utk disewa dan boleh ambil gambar. Member I ada sewa bersama isterinya.

View Kaunter tiket nak masuk Great Wall


View Sebahagian rombongan Cik Kiah bawah POTO TRAVEL n TOUR

View. Nampak tak puncak Great Wall tu...Kalau berjaya naik atas dapat sijil. Tp masa 2 jam...Cukup ke?.  Mula-mula I berangan nak naik.  Bila lihat keadaan yang sebenar......Hmm Hmmm 
'Sendiri Mau Ingat'


View lagi....Nii kawasan dekat dengan pintu masuk

View Ciptaan manusia TP kena ingat dengan izinnya.

View lagi

View Bahagian atas tembok

View kawan I dgn isterinya. Ada rupa Maharaja Zhou tak?

View..Hero dgn Puteri-Puteri Cina.  Tp macam kenal je...

View. Punyalah curam nak naik. So I yang nii dah kira tinggi.. Tiba-tiba gayat


Than kami bergerak lagi...Sebelum sampai kota Beijing, kami ke kedai wajib 2 iaitu Chinese Medicine Centre. Kami diberikan urutan kaki percuma sesudah merendam kaki dlm air panas yg bercampur herba. Then Tabib (Dr. Cina) menelek kaki dan mengatakan penyakit anda. Then dia bg tahu jenis herba cina yg paling sesuai utk anda. Harganya...Sendiri mahu inggat....Yg badan besar mcm i mcm-mcm penyakit ada...,Nak Caya Atau Tidak, Bergantung Kepada Anda.,.tp beb cina akan cuba meyakinkan anda sampai anda membelinya. Tp I tak mudah percaya....


Then kami bergerak lagi ke restoren tempatan utk mkn mlm. Menu hampir sama. Telur dadar menu wajib...

Kami sampai hotel jam 6.30 ptg. TG inggatkan kami besok check out jam 8.00 pg nak ke Shanghai.......Masuk je bilik kami kemaskan barang. Then kami ......Zzzzzzzz......Z.....


Hari Ke Empat (4 Jun 2012.
Selepas bangun pagi kami berkumpul di lobi. Tepat jam 8.10 pg kami bergerak ke restoren tempatan untuk sarapan. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke 'Summer Palace' yang mana merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longivity Hill dan di kelilingi Tasik Kunming (tasik buatan). Info dah ada dalam entry Beijing Musim Sejuk.  Pada tahun 1998 UNESCO telah mengiktiraf Summer Palace sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Ia juga merupakan taman bunga yang mempunyai keluasan paing besar di China. Kami menghabiskan masa di sini 2  jam.

View. Nun di sana istananya

View Jambatan yang menghubungkan pulau-pulau yang ada dalam tasik buatan nii

View lagi. Yang nii paling cantik tak berkabus

View. Renungan tajam lembu ke arah istana. Jgn tanya lembu nii simbol apa.. Jika kekawan datang sini, bolehlah baca tulisan yang ada pada badan lembu tu

View lagi. Nampak tak istana Musim Panas tu

View lagi. Siap ada jurujual di atas jambatan

View Jambatan dari dekat

View bukan sunset tahu...

Kemudian kami bergerak ke Bird's Nest Stadium dan Water Cube. (Info juga dah ada dalam entry terdahulu).

View pandangan sebelum masuk kedai wajib tu

View ada bunga lagi. Laluan ke Bird's Nest Stadium

View Pintu masuk stadium. Di sini semua barng kena scan. Manalah tahu ada org Malaysia bawak bom...

View tu dia .... Stadium Sarang Burung.

View antara bangunan yang unik di sekitar stadium. Bangunan bentuk naga

View Hard Rock trade marknya.. Sempat I sambar sehelai dua t-shirt. Sekarang dah tutup.

Kemudian kami di bawa ke kedai wajib 3 (Jewelry Shop). Juru jual agak boleh berbahasa Melayu. Kononnya bersal dari Penang. Pelbagai barang permata ditawarkan pada harga yang agak murah. Kononya...Caya atau tak caya bergantung kepada diri sendiri. Walaubagaimanapun semua org dapat JED kecil untuk dijadikan loket rantai. Seterusnya kami ke restoren tempatan utk makan tengahari.

Than kami bergerak lagi ke Yashow Market. Kami hanya ada masa 1 jam 30 minit sahaja. Ramai yang merunggut tak cukup masa untuk shopping. Ye lah.. di sini kita kena bargain. Kalau boleh minta harga sampai boleh mati penjualnya. Ini dah makan masa. Bullet Train kami ke Shanghai tepat jam 6.30 ptg. Sekarang dah jam 3.00 ptg. pukul 5.00 kami mesti berada di restoren tempatan utuk makan malam.  Hah jadi mcm kelam kabut pulak.....Ini semua kerana kedai wajib...di situ masa yang diberikan agak lama... tu yang bengang tu....


View dalam Bullet Train


Tepat jam 6.30 ptg Bullet Train meninggalkan Kota Raya Beijing menuju ke Shanghai......Perjalanan 1200 km boleh sampai dalam jangka masa 3 jam 45 minit.  Kekawan boleh bayangkan kelajuannya....
Tepat jam 10.15 kami tiba di Shanghai Railway Station dan disambut oleh TG (Alice). kami terus di bawa ke hotel.

View bilik Holiday INN Express di Shanghai. Mewahkan...

Setelah dapat kunci bilik,  TG bagitahu esok kami akan bergerak jam 8.30 pagi. Kami pun berehat.. Zzzz Zzzzzz












No comments:

Post a Comment