Salam.....
Entry kali nii aku nak cerita pengalaman ke Usbekistan..Suatu ketika dahulu terkenal dengan tempat persinggahan bagi pedagang yang menggunakan laluan sutera. Aku pergi dgn POTO TRAVEL. Korang boleh layari lamen web untuk melihat pakage yang ditawarkan. Ada apa ya di Usbekistan niii....korang kena follow semua entry baru korang dapat infonya. Aku gi selama 8 Hari 6 Malam. 2 malam di Bukhara, 2 malam di Samarkand dan 2 malam di Tashkent.
Hari Pertama (21 Mac 2014)
Jam 7.10 pg kami berkumpul di kaunter H di
KLIA untuk urusan
‘cheak in’. Di sana telah menunggu Tour Leader (TL) dan Airport Officer dr Syarikat POTO TRAVEL. Semua urusan berjalan dengan lancar. Kemudian kami diberikan sedikit taklimat dari Airport
Officer En Mie dan Cik Maria. Tepat jam
8.45 pg semua peserta dah mula bergerak ke Immigresen Malaysia. 'Wahhh' panjangnya line.
Agak lambat juga sampai terminal 6 kerana ‘rigidnya’ immigresan Malaysia ekoran
kehilangan MH 370. Tepat jam 10.45 pg kami berlepas dr KLIA dgn Usbekistan Air
(Lambat 40 minit dr jadual asal)
Jam
3.25 ptg waktu tempatan, selamat tiba di Tashkent International Airport. Pemeriksaan
Immigresen agak rigid. Orang ramai tetapi kaunter yang buka hanya dua sahaja.
Disebabkan kami pakai visa group, maka peserta kena beratur pada kaunter yang
ada salinan visa sahaja.
Lebih
dari satu jam baru selesai mengambil bagasi. Keluar je dari airport dah jumpa
TG (Devon and Ilyas). Kami di fahamkan kena naik bas ke Domestik Airport. Jarak
perjalanan hanya 15 minit.
View Haa bukti dah sampai Tashkent, Usbekistan. Hati hati ambil gambar. |
View Airport Tashkent kecil je.. Rasanya lebih kurang Airport Pengkalan Chepa. |
View Rupa bas yang membawa group kami sepanjang berada di Usbekistan. |
Kami dikejutkan suhu persekitaran yang sejuk. Kami menapak agak jauh untuk ke pintu masuk Domestik Airport. Alhamdulillah
kami dapat naik flght awal ke Bukhara. 6.20 ptg kami berlepas.
View Dr tingkap..matahari dah tengelam...Bukhara mengamit kedatangan kami. |
Tepat
jam 7.10 mlm kami landing di Bukhara Airport. Bas tunggu agak jauh. Jam 7.30 mlm kami sampai
di Asia Bukhara Hotel. TL mengarahkan kami pergi makan di restoren
terlebih dahulu. TL dan TG menguruskan kunci bilik dan diagihkan di restoren
kepada peserta. Jam 8.30 mlm kami semua masuk ke bilik masing masing. TL
inggatkan peserta keesokkan program: Jam 5.00 pg wake up call, breakfast jam
7.00 pg dan berkumpul di lobi jam 8.30 pg utk Bukhara City Tour. wah... sejuknya malam nii....
View Hotel penginapan kami di Buhkara. Cantik, bersih dan dekat dgn Tourist Attraction.. Wifi hanya ada di lobi sahaja.
|
View Deretan bilik... kira memuaskan hati tidur disini |
Oklah.. permulaan entry Jelajah Laluan Sutera, Usbekistan.. See u all next entry.
No comments:
Post a Comment