Salam..
Agak lama tak update blog niii.. Huu huu sibuk sangat.. Apapun kesempatan yang ada nii i gunakan. Ok lah sambung cerita...Jelajah Jejak Rasul Jordan - Baitulmaqdis 8 H 6 M bersama POTO TRAVEL.
Hari Ketiga (7 Dis 2013)
Salam
Kami bergerak dr hotel di Amman menuju sempadan...Jordan- Israel. Kami singgah dulu di Maqam Nabi Shuib di sempadan Jordan (Dah update dlm post Jordan)
Kira-kira jam 10.30 pg kami bergerak ke sempadan Jordan. Urusan imigresan di Jordan
selesai dalam masa 20 minit. Nak cerita di sini
Sepatutnya semua penumpang turun dan bawa bagasi masing masing ke immigresen Jordan. Tp di sini ada cara mudah... hanya Tour Leader (TL) yang turun manakala peserta yang lain tunggu dalam bas. Org immigresan Jordan akan mengambil beberapa beg utk di'scan'kan. TL kena bagi tip... USD 5 setiap beg. Kami lihat pekerja tu ambil 4 beg.. so TL kena bagi USD20. Senangkan... tp sian kat TL.
Kemudian urusan passport dan beg di sempadan Jordan selesai.. tak sampai 15 minit. Sekarang kami hanya menunggu lampu hijau dari Israel utk membolehkan bas bergerak memasuki sempadan Israel. Tunggu punya tunggu..... mengambil masa
sehingga 40 minit.
12.35 tgh baru dapat isyarat ke sempadan Israel. Hanya pemandu bas dan TL je mengiringi kami. Tour Guide (TG) tidak dibenarkan ikut. Sampai je di pusat immigresan Israel kami lihat org terlalu ramai... So kami tak boleh turun.. Bas tunggu
lagi. Dekat jam 1.00 ptg baru boleh turun dari bas untuk urusan di immigresan Israel. Baca nii...azab nak melepasi sempadan Israel..Disebabkan kami bergerak dalam kumpulan so ada sikit leceh.....
Kaunter 1
urusan check passport dan ambil bag stiker bag. Di sini juga kami lihat TL dibantu oleh org biasa di immigresan utk dapatkan pelekat bag. Tp sudah tentu ada upahnya....USD10. Ingat dah ada Stiker nii baru boleh pergi mengadap pegawai immigresan Yahudi utk check passport. Jika ada soalan.. jawab je... for vacation. Elakkan jawab nak ke Masjid Al Aqsa....Than baru mengadap immigresan Israel utk dapatkan sticker pada passport pulak. Passport Malaysia tak boleh ada cop masuk Israael. Kita org Malaysia nak pergi Masjid Al Aqsa dalam kuasa Israel mesti dapatkan Visa dari negara lain biasanya Jordan.
|
View Passport yang dah ada stiker.. |
Kaunter 2 urusan scan bag and body. Seorang peserta Mr Hamzah di tahan kerana alarm bunyi bila scan body. Rupa rupanya jantungnya ada bateri, So En Hamzah kena 'total scan body' (tinggal seluar dlm sahaja). Juga diminta memberikan alasan dan juga laporan doktor. Hampir 30 minit selesai.
Kaunter 3 Urusan Passport, En Hamzah juga dikehendaki
menunggu. (lebih dr 3 jam). Ini adalah kerana beliau merupakan seorang pesara peg. tentera darat Malaysia. So pengkalan data Israel ada maklumat tu.... hmmm hmmm apa boleh buat. Bila TL tanya.. diorang cakap 'this is ramdomly prosedure'... boleh caya ke...
Kaunter 4 dan 5 tiada masalah. Kami menghabiskan masa
sehingga 4 jam di sempadan Israel.
Jam 3.40 bergerak meninggalkan sempadan dan terus ke bandar berdekatan sempadan, Jericho untuk makan tengahari. Lapar….
|
View Dr Tingkap hotel....rumah rumah org muslim.. mcm negara arab lain yang kita pergi. I difahamkan oleh TG, kuasa pemerintah sepenuhnya org Yahudi. Org Palestin muslim kalau nak mohon bina rumah atas tanah sendiripun memakan masa sehingga 9 tahun kelulusan manakala org Yahudi nak bina rumah atas tanah org muslim, 3 hari dah lulus... |
|
View DoTH selepas solat Isyak..... |
Kami bergerak balik semula ke Hotel. Makan mlm kami pada jam 7.30. TL inggatkan peserta, jam 8.30 pg
bergerak City Tour hingga ke Hebron.. TL juga inggatkan peserta iaitu wake up call jam 4.00 pg. Berkumpul
di lobby jam 4.30 pg dan kan bergerak bersama utk solat subuh di Masjid Al Aqsa. Juga diminta pada kami membawa 'Touchlight' jika ada, kerana ada beberapa kawasan yang nak kami lalu gelap.
.... Nanti lihat Part 2....
No comments:
Post a Comment