Monday 20 January 2014

Amman n Petra, Jordan - Part 4

Hari ke Tujuh (11 Dis 2013)
Salam

Ahhh !!!!! Hari nii merupakan hari akhir kami di Jordan. Kami bersarapan di hotel sahaja. TL telah menginggatkan kami, bagasi diletakkan diluar bilik pada jam 10.15 pagi. Kami  melakukan aktiviti bebas di hotel sahaja. Hari nii kami hanya melakukan satu lawatan sahaja iaitu ke Asyabul Khafi (Seven Sleepers Cave). Tepat jam 11.00 pg bergerak ke Seven Sleepers Cave. Tiba je di situ, kami terasa cuaca yang sanggat sejuk dan di tambah pula dengan hujan yang agak lebat juga.   



View Papan tanda.......


View Dari sebelah dalam gua

 
View Antara barang lama yang ditinggalkan oleh tujuh sahabat ini


View sebahagian dari kubur. Dari pintu gua, sebelah kanan ada 4 kubur. Manakala sebelah kiri pula ada 3 lagi kubur



View lubang kaca tu... kita boleh lihat tulang salah satu sahabat

 
View sebelah kanan ada 4 kubur di sini

Untuk pengetahuan semua pembaca blok nii. Kami difahamkan oleh penjaga kubur kubur nii, kesemua sahabat (7) di tanam dalam gua nii oleh penduduk tempatan apabila mereka meninggal dunia.


View bahagian dalam gua.. tak besar mana pun...

 
View dari luar gua...pintu masuk gua


View Masjid Al Syabul Khafi...berdekatan dengan gua tersebut

Jam 11.40 pg bergerak ke restoren tempatan utk makan tengahari. Menu hari nii ialah masakan arab plus kebab. Agak sedap juga dan restoren ni sungguh besar..



View tenggah tunggu main course....

Kemudian kami bergerak pula ke Kedai Kurma (tiada dlm iteanery). Agak mahal barang yang ditawarkan.. Yaa lah nak bagi komisyen pada TG and driver bas.


View pokok kurma dalam kawasan kedai tersebut

 
View agak cantik decorationnya.. bahagian laman
 

View kedainya kecil je...

Di kedai kurma kami agak lama.. boringggg. Ini kerana baranya agak mahal. Tepat jam 2.00 ptg bergerak pula ke Amman International Airport, Jordan. Telah menunggu Airport Officer dan akan membantu mengguruskan check in bag n urusan immigresan. Tepat Jam 5.50 ptg berlepas meninggalkan bumi Jordan ke Muscat Airport, Oman. Selemat tinggal Jordan,,,

Jam 9.50 mlm tiba di Muscat International Airport. TL mengguruskan urusan transit. TL juga membawa peserta ke surau utk solat. Peserta bebas me;lakukan aktiviti dan akan berkumpul di gate 21 pada jam 12.00 am.



Hari ke Lapan (12 Dis 2013)

Tepat jam 1.35 pg berlepas ke KLIA. Tiada sebarang masalah. Kami mengambil kesempatan tidur sepuasnya... Tepat jam 12.15 selamat mendarat di KLIA. TL uruskan pengambilan bagasi. Alhamdulillah semua bag ada. Selepas bersalaman.. kami bersurai.

Terima kasih POTO TRAVEL......


No comments:

Post a Comment