Hari Ke Tiga ( 7 Dis 2013)
Salam
"Selamat Menyambut Tahun Baru 2014"...
Kami dikejutkan oleh TL utk wake up call pada jam 4.50 pg.. Kami hanya bersarapan di hotel. Jam 7.45 semua peserta diminta meletakkan
bagasi diluar pintu hotel utk disimpan dalam stor. Hari nii kami akan memasuki sempadan Israel utk ke Baitulmaqdis. Kami hanya diminta membawa 'hand luggage' je utk penginapan selama 3 hari 2 mlm. Tepat jam 8.20 pg peserta berkumpul
di lobby. Kami akan singgah di Makam Nabi Syuib dahulu krn ia berada dekat sempadan.
Kami menghabiskan masa selama 1 jam. Than kami bergerak ke sempadan Jordan Israel. Urusan imigresan di Jordan
selesai dalam masa 20 minit. Semuanya tips.. Kami nampak TL memberikan tips kepada org yang mengambil 2 bag kami. TL memberitahu... jika tak bagi TIPS kami semua kena turun bas dan bawa bag masing masing utk urusan 'Scan'. Dgn memberikan TIPS mereka hanya mengambil beberapa bag sahaja dan kami tak perlu turun dari bas. Than kami menunggu lampu hijau dari Israel untuk membolehkan bas bergerak ke sempadan Israel. Ia mengambil masa
sehingga 40 minit.....
Sambungan cerita sempadan Israel akan saya tulis dalam label Baitulmaqdis.... OK
Hari Ke Lima ( 9 Dis 2013)
Setelah 3 hari 2 mlm kami kembali semula ke Bumi Jordan. Kami bertemu semula dengan Atez TG Jordan dan kami terus
bergerak ke laut mati utk makan tgh dan juga mandi di laut mati. Laut mati bermaksud tiada hidupan dalamnya. Ini kerana kemasinan yg sangat tinggi.
|
View Papan tanda tempat kami pergi kat Laut Mati |
|
View Ok tak.....mcm tak caya dah sampai sini |
|
View Sungguh masin laut nii. Bagi yg ada penyakit kulit ... sesuai gi sini. Tp pedih sangat jika ada luka... |
|
View cantik bukan??? |
|
View Biasalah.. mamat nii nak kata dia dah sampai kat sini |
|
View Ada juga kolam yg guna air laut mati.. Tapi kena bayarlah... USD 30.00 sekali mandi |
|
View Panorama sunset di laut mati |
Kami diberikan masa sehingga jam 5.00 ptg utk mandi di
laut mati. Kemudian kami
bergerak pula ke kedai menjual
produk laut mati (tiada dlm iteanery). Jam 6.00 ptg bergerak ke Amman, Jordan.
|
View Sunset di perkampungan Badwi... |
Jam 8.00 mlm sampai di Hotel Arena University di Amman.
Makan malam jam 8.00 mlm hingga 9.00 mlm. TL inggatkan peserta besok berkumpul
di lobby jam 8.00 pg. 8.30 bergerak ke Ajloun Castle dan Roman Imperial City.
No comments:
Post a Comment