Hari Pertama (5 Dis 2013)
Salam
Baru-baru ni dapat peluang dgn POTO TRAVEL ke Amman, Jordan and Baitulmaqdis selama 8 hari 6 mlm. Mulanya cuak juga nak pergi... coz nak melintasi border Israel. Tp kuatkan iman dan tabahkan hati.. Dah dapat peluang, redah je. Seawal jam 4.30 pg dah bangun. 5.30 pg dah naik ERL ke KLIA. Semua peserta diminta berkumpul di kaunter M di tingkat perlepasan KLIA. Tour Leader (TL) dan tunggu. Urusan ‘cheak in’ peserta di kaunter M di KLIA nampaknya berjalan dengan lancar.
6.00 pg semua peserta sudah berada di KLIA. Urusan bag dan taklimat dari Airport Duty Officer En Sam berjalan seperti
yang dirancangkan. Seating
Arrangement juga baik. Tepat jam 8.25 pg berlepas dari
KLIA ke Muscat, Oman dengan Oman Airlines. Alangkah bahagianya... kapal terbang kosong.. mewah memilih kerusi nak duduk..
|
View Kapal Terbang Oman Airlines |
Jam 11.42 pg waktu tempatan,
selamat tiba di Muscat Airport. TL menguruskan peserta ke kaunter transfer. Kami hanya ada masa 1 jam 40 minit sahaja. TL sempat membawa kami ke surau utk
solat jamak di Airport. Jam 12.45 berkumpul di kaunter 23 di Muscat Airport utk
berlepas ke Amman, Jordan. Tepat jam 1.25 ptg berlepas ke Amman, Jordan dengan
Oman airlines. Kali nii tak best, tak de tempat kosong..Zzzz
|
View Muscat International Airport.. Masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dgn KLIA. Katanya Airport baru dalam pembinaan. |
|
View Sebahagian decoration dlm airport Muscat |
Jam 4.30 ptg waktu tempatan (beza 5 jam lewat dgn Malaysia) selamat tiba di
Amman Airport. Telah ada pegawai dari ground
telah menunggu untuk urusan imigresan dan bagasi. Lepas Immigresan dan ambil bagasi kami berjumpa dengan Tour Guide (TG) Mr Ateez. Dah tua gamaknya.. tp dia kata umurnya baru 56 thn... sah bohong kami kata dalam hati je. Kami nampak TL memberikan tips kpd pegawai tuuu. Sampai je di bas, sudah ada 2 org porter yang menunggu utk memasukkan bagasi dalam bas. Kami nampak lagi TL terpaksa memberikan tips kepada porter tersebut. Tepat jam 5.30 ptg meninggalkan
Amman Airport menuju Petra untuk bermalam di Edom Hotel, Petra. Singgah di hentian
rehat selepas 1 jam perjalanan. Di sini macam macam ada, tapi tok sah belilah ... mahal. Ramai yang beli secawan kopi (2 JD) di sini (1 JD = 5 RM).
|
View Bahagian dlm restoren di Hentian Rehat |
|
View Papan tanda ke Hotel di Petra |
|
View Pintu hadapan Edom Hotel di Petra, Jordan |
Tepat jam 7.00 mlm tiba di
Edom Hotel di Perta. Sementara TL menguruskan bilik peserta, baru tersedar ada peserta
(Cik Jamilah) telah kehilangan bagasi.
Bila disoal, beliau pasti telah memasukkan bag dalam bas. TG berbincang dengan
TL. Jika tiada bag besok. Report polis akan dibuat. Setelah semua dapat kunci bilik, TL memberikan taklimat tentang peraturan hotel dan kemudahan yang ada. WIFI ada tapi kena bayar. Pemanas air (cerek) tiada. Dinner dan breakfast di hotel TL juga menginggatkan kepada peserta
wake up call 4.30 pg dan bergerak ke Kota Purba Petra jam 8.00 pg. zzzz zzz
Hari Kedua (6 Dis 2013)
Kami bersarapan di hotel sambil berbual. Semua peserta cakap tiada wake up call. Jam 8.25 pg semua peserta berkumpul di
lobby. TG membawa kami ke Kota
Purba Petra sambil bercerita. Berjalan dalam keadaan sejuk dengan jalan tak rata, sudah tentu menyukarkan peserta yang berumur. Perjalanan agak jauh iaitu 2.5 km pergi hingga ke Rom Theatre dan 2.5 km patah balik ke
hotel. Sesiapa yg tak larat jalan.. boleh tunggang kuda, keldai atau naik kereta kuda.. tp bayar sendiri ya....
|
View Pintu masuk ke Kota Purba Petra, Jordan tak jauh dari hotel 750 m sahaja. |
|
View Jalan jalan ..... baru 600 m dr pintu masuk |
|
View Bagi yg tak larat.. tunggang kuda... 25 USD | | | | |
|
View Keajaiban .. pokok hidup dicelah celah batu |
|
View Hentian pertama Obelisk Tomb dan Bab as-Siq Triclinium |
|
View Obelisk Tomb |
|
View Obelisk Tomb |
Kemudian kami meneruskan perjalanan.. jalan ... jalan kaki dalam suasana sejuk. Kami redah pula laluan sempit antara gunung. Permandangan yang menakjubkan.
|
View Menakjubkan.... |
|
View Tepi Tepi... kereta kuda nak lalu... sempit |
|
View dah lupa pulak nama tempat nii.... |
|
View Ada rupa ikan tak.... |
|
View Peniaga tepi jalan... |
|
View Wah... dah nampak .... Al-Khazneh (Treasury) |
|
View Al-Khazneh salah satu trademark Kota Purba Petra |
|
View Mamat bergaya nii... bukti i dah sampai sini |
|
View Rombongan Cik Kiah... |
Kami meneruskan perjalanan lagi hingga ke Theatre... 500 m je lagi.. Huh dah pancit.. Terbayang nak patah balik nanti.
|
View The Outer Siq |
|
View Street of Facades |
|
View Lubang-lubang nii bukan rumah.. tapi kubur lama. |
|
View Nii dia Theatre...Last journey.. Than patah balik.. |
Disebabkan ramai peserta berusia, perjalanan agak lambat. Jam 10.45
sampai di hotel. Jam 11.30 bergerak ke restoren tempatan utk mkn tengahari. Kita keluar awal kerana nak elak kesesakkan jalan raya. Hari nii hari jumaat. Lepas makan kami singgah pula singgah di Musa Spring (tiada dlm iteanery). Menarik juga.
|
View Bangunan yg menempatkan Musa Springs |
|
View Nii airnya jernih.. ramai peserta ambil kesempatan cuci muka dan sebagainya. |
|
View Wadi Musa.. |
Kemudian bergerak ke Amman
dgn bas. Berhenti di satu Masjid utk solat. Meneruskan perjalanan dan singgah di Airport Police Station utk
mengambil bag bagasi peserta. Alhamdulillah bagasi dijumpai semula. Meneruskan perjalanan ke kedai yang menjual barangan laut mati dan souvenir (Tiada dalam
iteanery).
|
View Pelbagai barang dijual. |
Jam 7.00 mlm sampai hotel. TL mengurusan check in bilik. TL memberitahu dinner and breakfast di hotel dan juga mewarwarkan kemudahan hotel. Yang penting WIFI free. TL juga memberikan sedikit taklimat
tentang perjalan ke Israel keesokkannya. Bagasi besar akan tinggal dalam hotel, peserta hanya membawa hand luggage je. Jam 8.00 mlm semua peserta turun mkn
mlm. Wake up call jam 5.00 pg. Bergerak keluar hotel jam 8.30 pg. zzzzzzzzz
No comments:
Post a Comment