Tuesday 22 January 2013

INCREDIBLE INDIA PART 3

salam
Hari Ke-Empat (17 September 2012)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kashmir. Kami akan bertolak ke Agra utk melawat Taj Mahal. Slp breakfast kami berjalan di sekitar tasik Dal dgn menggunakan chikara. Belum kami jauh dr houseboat berpusu-pusu peniaga dtg menghampiri kami dgn chikara mereka. Mereka menjual pelbagai barang seperti barang perhiasan, Safron (sejenis rempah), cenderamata dan lain-lain lagi. Kita boleh bargain ttp peniaga yg berada di houseboat kata mrk ini (peniaga dlm chikara) penipu. Entah siapa yg betul...masing-masing penipu gamaknya utk melakukan brg masing-masing.

View kita buat muka seposen pun dia nak jual.....


Ada byk kedai terapung di tasik Dal niii. Kami lihat chikara merupakan satu pengangkutan utama di Tasik Dal. Setelah menghabiskan masa lebih 2 jam kami balik ke houseboat utk makan tengahari dan berkemas. 

 View hampir semua Chikara kami dihimpit oleh Chikara peniaga

View Kedai terapung di Tasik Dal

 Sebelum berangkat ke Airport ada perkara PENTING TG ingatkan kami supaya bateri kamera disimpan dlm bag besar. Hanya body kamera sahaja sbg hand luggage. Lebih kurang 2 km dr airport kami semua kena turun utk pemeriksaan tentera India. Kami sampai di airport jam 2.15 pm. Flight kami 3.35 ptg. Jeep kami disambut oleh Porter yg berebut nak bawa beg kami. Tak sangka driver jeep pun minta tips dr ketua rombongan. 'India..India Everything Money'. Di sini ketua rombongan kena membayar airport taxs. Beg di atur panjang dan ketua rombongan diminta kira jumlah beg. PENTING  pastikan tax hand luggage ada mcm mana kita nak masuk Kashmir. Selesai beg, kami pula beratur nak melepasi imigresan. Tiba-tiba ketua rombongan dipanggil officer ke satu tempat. Ketua rombongan menyuruh kami melepasi imigresan tanpa menunggu beliau. 20 minit slp itu kami nampak ketua rombongan sebaik shj kami selesai urusan imigresen. Kami menanya beliau apa yg berlaku. Beliau menjawab beliau diminta mengira semua jumlah beg dan setelah selesai beliau diminta memberikan tips. Dashat India nieee...diaorang ada pelbagai cara nak pau org. Tp ketua kami tak bagi pun dan beliau bertawakal takut beg-beg kami diapa-apakan. PENTING berhati-hati krn mrk yg terlibat ada pelbagai cara nak tips.....walaupun 99% penduduknya Islam. So kena pandai mengelak.

Airport di Srinagar dua tingkat je. Tingkat atas ada tempat solat disediakan tp lelaki dan perempuan campur kerana masyarakat Kashmir perempuan sembahyang dalam rumah. Jika nak naik kapal terbang turun bawah semula ala mcm LCCT. Nasib kami tidak baik flight delay sehingga jam 5.00 ptg. Bayangkan kami menunggu sehingga lebih 3 jam di airport nii..,,,Bila tanya mrk jawab kapal terbang rosak.....Boleh caya ke?. Akhirnya dpt naik flight, ingatkan terus ke Delhi, rupanya kapal nie boleh singgah Amritstar utk turunkan penumpang dan naikkan penumpang. Hig geramnya....bila nak sampai Delhi. Akhirnya sampai kat airport Delhi jam 8.30 mlm. Kami disambut oleh TG Mr Hasan dan terus naik bas ke sebuah restoren di Delhi utk makan mlm. Sepatutnya dlm iteanery kami makan mlm di Agra. Kira-kira jam 10.00 mlm kami begerak ke Agra. Kami di jangka sampai di Agra jam 3.30 pg. huh  huh.....,.Betul jam 3.45 kami sampai di hotel di Agra. TG ingatkan kami jam 9.00 pg bergerak utk lawatan. Zzzzz  Zzzzzzz

Hari Ke-Lima (18 September 2012)
Jam 9 pg kami dah berkumpul di lobby. Semua ceria sebab nak lawat Taj Mahal. Kalau ikutkan badan memang letih nasib baik hotelnya swlesa. Di depan pagar hotel sudah ada jurujual yg menanti menjual t-shirt, key chain dll. PENTING boleh beli tp kena paidai bargain. Cth key chain gajah diorang jual 1 set ada 12 ketul 150 rupees, kau org tawar hingga jatuh harga 30 rupee..India beb....byk belitnya.

View Taj Mahal ....Wow.....
Taj Mahal tidak jauh dari hotel kami. Dalam 30 minit kami dah sampai. Sepanjang jalan nak masuk ke kawasan Taj Mahal ada banyak gerai yg menjual pelbagai cenderamata.

 View Pintu masuk utama (Darwaza-i rauza)

View lagi........

View lagi.....

View Wow......Subhanallah....Maha Suci Allah dgn izinnya manusia membina binaan ini.

INFO TAJ MAHAL
Taj Mahal  yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Muntaz Mahal, isterinya yang ketiga. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, Oman dan India dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'. Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum. Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal dalam perkataan berikut:
Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.

View Taj Mahal.........

Ternampak sahaja Taj Mahal, tidak terkata lidah ini...Waktu kami sampai kami perlu melepasi kawalan atau pemeriksaan tentera sebelum memasuki kawasan Taj Mahal. Pelancong ramai ada dari dalam negeri dan ada dari luar negeri. Untuk masuk ke dalam bangunan pelancong diminta menanggalkan kasut dan diberikan beg untuk menjinjing kasut. Laluan orang Islam tak sama dengan laluan yg bukan Islam. bayaran hanya pada pintu masuk sahaja. Sangat indah dari struktur, texture bahan, pemandangan dll.

View binaan pada pintu masuk utama Taj Mahal

View binaan pada Taj Mahal

View lagi.....

View Sg Jumna dan nampak tak Red Port ? Tempat Shah Jahan dikurung sehingga akhir hayat oleh anaknya.

View Taman Bunga yang ada dalam kawasan Taj Mahal

View Masjid Taj Mahal

View Taj Mahal lagi.....

Kami habiskan masa yang agak lama disini. Kemudian kami bergerak ke restoren tempatan untuk makan tengah hari. Kemudian kami singgah sembahyang di masjid tempatan. Kemudian kami bergerak ke kedai kain (sari). Orang kita membeli dengan banyaknya kerana harganya jauh lebih rendah dari Kuala Lumpur. Akhirnya kami ke RED PORT.

View Red Port.

INFO RED PORT
Red Fort or Lal Quila as it is more popularly known is a masterpiece of architecture and one of the most haunting spots for tourists from both India and abroad. This colossal fort on the banks of the river Yamuna, built by Shahjahan as the citadel of the 17th Century Delhi is a significant link between the past and the present, for it is from here that the prime minister of India addresses the people on the Independence Day (August 15th). Mughal Emperor Shahjahan started construction of the Red Fort in 1638, which was completed in 1648. The fort contains - halls of public and private audience, domed and arched marble palaces, plush private apartments, a mosque and elaborately designed gardens. Even today, the fort continues to be an impressive evidence to Mughal grandeur.
The Red Fort with thick red sandstone walls, bulging with turrets and bastions is one of the largest and oldest monument in Delhi India. The Fort rises above a wide dry moat in the northeast corner of the original city of Shahjahanabad, now Old Delhi. Its walls extend from 2 kms and vary in height from 18 m on the river side to 33 m on the city side. The Fort also houses the Diwan-i-Am or the Hall of Public Audiences where the Emperor would sit and hear complaints of the common folks. The Diwan-i-Khas is the hall of private audiences where the Emperor held private meetings. This hall is made of marble and its centre-piece used to be the Peacock Throne, which was carried away to Iran by Nadir Shah in 1739.


View Red Port lagi....

 View taman-taman yg terdapat dalam Red Port

View binaan yg terdapat dalam Red Port

View sudut tempat Shah Jahan dikurung dan boleh nampak Taj Mahal

Inilah bilik Shah Jahan dikurung oleh anaknya Aurangzeb

 
View lagi.....

Jam 6.00 ptg kami balik ke hotel semula di Agra. Makan malam di hotel dan TG memberitahu kami akan bergerak ke Delhi jam 8.30 pagi esok.   Zzzz    Zzzzzzzz





3 comments:

  1. Bila lah I pulak nak jejak kaki ke Taj Mahal ni huhuhuhu.... cantiknya pemandangan kat situ...

    ReplyDelete
  2. salam... dari delhi ke agra En naik apa?? train ke??

    ReplyDelete
  3. salam... dari delhi ke agra En naik apa?? train ke??

    ReplyDelete