Sunday 20 January 2013

INCREDIBLE INDIA PART 1



Salam…..
Pada 14 - 21September 2012, I berpeluang ke INDIA (Kashmir, Agra dan New Delhi) dengan POTO TRAVEL n TOUR. Pakej untuk 8 hari 6 mlm berharga RM4900 (All in). Bolehlaaa ..... krn India as u know banyak belitnya. So I tak berani nak pergi sorang lebih-lebih lagi first time nak jejak kaki di sana. I tak sabar nak tengok Taj Mahal iaitu salah satu tempat yg mesti dilawati jika ke India.

Hari Pertama( 14 Sept 2012 )
Jam 3.30 ptg kami berkumpul di Kauntor H. Flight kami jam 6.30 ptg dan dijangka tiba 'Indira Gandhi International Airport' di New Delhi jam 9.20 mlm waktu tempatan. Kami disambut oleh  Mr Hassan Tour Guide (TG) di depan pintu Airport dan kami terus ke hotel Aaron Regency. Sampai di Hotel kami check –in dan makan malam di restoren hotel tersebut. TG ingatkan kami Flight ke Srinagar, Kashmir jam 10.00 pg dan kami akan bertolak ke Airport Terminal 2, New Delhi jam 8.00 pg. So wake-up call jam 6.00 pg dan breakfast jam 7.00 pg. Masuk bilik terus    ZzzzzZzzzz ................

 View pintu masuk hotel pd paginya. Budak gi sekolah........



Hari Kedua (15 Sept 2012)
Jam 8.00 pg kami sudah berada di Terminal 2, Delhi Airport. Kami akan menaiki Spice Jet Airlines ke Srinagar. Alaa.... kapal terbang ini mcm Air Asia (tambang murah)  tapi di India ada lebih dr satu syarikat kapal terbang tambang murah.  

 View Terminal 2 New Delhi


PERKARA PENTING!!!! 1. Pastikan Hand Luggage yg dibawa mempunyai TAG BAG. Ia didapati semasa urusan 'Check In'. 2. Hand Luggage seperti Bag POTO yg beroda tidak boleh dibawa sebagai Hand Luggage. 3. Di Airport Delhi lagi pemeriksaan Immigrsen ke Srinagar sangat regid. 
Alhamdulillah kami semua lepas dgn selamat. Perjalanan ini mengambil masa 1 jam 30 minit. Nak makan atau minum beli sendiri. Kami tiba di Srinagar Airport jam 11.30 pg tapi dapat keluar dr Airport jam 12.30 tgh. KENAPA ??? 
1. Bag lambat keluar kerana semua bag yg dibawa masuk di scan sekali lagi. 2. Kami kena isi form masuk ke Srinagar (1 sahaja... selalunya ketua rombongan yg buat). Tp India biasalah…..Ada org tunggu bagi form dan tolong isikan borang kemudian minta tips..Ketua rombongan kami buat tak tahu je…. I nasihatkan sesiapa yg pergi sendiri cari form di kaunter  dan isi sendiri… 3. Bag kami direbut oleh PORTER nak tolong bawa sebab nak TIPS. Kalau kita kata boleh bawa sendiri pun …dia org buat bodoh dan nak bawa juga bag tu. So I nasihatkan tinggikan sedikit suara kata kita tak mahu..INDIA beb.

TG Mr Farouk sudah menunggu di luar Airport dan kami di minta menapak ke JEEP kenderaan rasmi kami di Srinagar. Satu jeep muat 4 org.  Jam 1.15 kami bergerak ke Houseboat. Sepanjang kami nak keluar dr kawasan Airport kami dapati kawasan Airport ini dikawal dengan ketat oleh tentera India (bukan Muslim). Di check point  tentera siap dengan senjata berat (mesingun, mortar, tank). 


View sepanjang perjalanan dr Srinagar Airport ke Houseboat

Hendak ke Houseboat di Tasik Dal,  kami kena menaiki Chikara (alaa…perahu di Srinagar). Satu chikara boleh muat 3-4 org. 

View Houseboat tp bukan houseboat kami.


INFO
'Tasik Dal adalah sebuah tasik di Srinagar, ibu kota musim panas di utara India, negeri Jammu dan Kashmir. Bandar tasik , yang merupakan bandar kedua terbesar merupakan bahagian integral untuk pelancongan dan rekreasi di Kashmir dan digelar "Permata di mahkota Kashmir" atau "Jewel Srinagar". Tasik ini juga merupakan sumber penting untuk operasi komersil dalam dan sumber air bersih. Semasa musim sejuk , suhu kadang-kadang mencapai -11 ° C (12,2 ° F) dan pembekuan tasik. Tasik merangkumi kawasan seluas 18 kilometer persegi dan merupakan sebahagian daripada tanah lembap alami yang merangkumi 21kilometer persegi . Pada bulan Julai dan Ogos terdapat banyak bunga teratai yg sedang berkembang. Saat ini, Tasik Dal dan taman Mughal nya, Shalimar Bagh dan Bagh Nishat menjalani langkah-langkah pemulihan intensif .Pelaburan besar-besaran sekitar US $ 275 juta (Rs 1100 crores ) sedang dilakukan oleh Kerajaan India untuk mengembalikan tasik kepada kemegahan asalnya.'



 View Chikara...ada mcm perahu tak????





View Chikara beratur menunggu pelanggan




View lagi pemandangan di Tasik Dal.. cantik tak...

Selepas check in kami diberitahu makan tengahari dan solat kemudian keluar semula jam 3.00  ptg utk melawat Mughal Gardens, Shalimar Bagh dan Nishat Bagh (sebenarnya semua tu satu tempat). 

 
View pemandangan sepanjang Tasik Dal ke Mughal Garden

  INFO

'Shalimar Bagh, adalah sebuah taman bunga Maharaja Mughal dihubungkan melalui terusan ke timur laut Tasik Dal , di tepi kanan yang terletak di N 34,149 74,873 ° E berhampiran bandar Srinagar di negeri Jammu dan Kashmir . Nama lainnya adalah Shalamar Garden, Shalamar Bagh, Farah Baksh dan Faiz Baksh. Taman lain ialah Nishat Bagh . Taman ini dibina oleh Maharaja Jahangir untuk isterinya Nur Jahan , pada tahun 1619. Bagh dianggap titik kualiti hortikultur Mughal. Sekarang dijadikan taman umum.'



View pintu masuk Mughal Garden

 
 
 View pintu depan lagi......

Sungguh cantik tempat nie..penuh dgn bunga-bungaan. Ada khidmat Foto disediakan siap sewa pakaian tradisional Kashmir. PENTING  jika anda nak ambil khidmat Foto ni pastikan jangan banyak sangat snapnya kerana semua gambar akan dicuci dan you all kena bayar TIDAK BOLEH PILIH.
Jam 5.30 ptg kami bergerak ke Kedai Karpet. Cantik-cantik karpet di sini. Tp Mak Oii harganya mencecah ribuan ringgit. Yg paling kecil (sebesar tikar sembahyang) harganya 300 – 1000 RM. Kemudian bergerak ke Cotton Shop walaupun tiada dalam iteanery. Di sini ramai membeli. Percaya atau tidak di India ada Ministry of Textiles. Jam 8.00 mlm kami  kembali semula di Houseboat utk makan malam dan berehat. TG inggatkan kami  jam 8.00 pagi breakfast dan terus bergerak ke Gulmarg (kawasan pergunungan di Kashmir).  Zzz  Zzzzz

PENTING: Houseboat Indah Khabar dr Rupa
1) Karpetnya hapak…..rasanya tak pernah tukar/vacuum sejak Houseboat mula dibina. Kalau dibersihkan pun pakai penyapu je…
2) Lampu agak suram..agak menakutkan sesiapa yg tidur seorang. Lebih-lebih lagi bila ada org berjalan.
3) Suasana panas sebab generator hanya dihidupkan bila kami sampai. So berkuap sikit.
4) Tidak boleh buka tingkap sebab boleh nampak org sebelah Houseboat yg lain. Kedua mereka menggunakan laluan tepi Houseboat sebagai tempat jalan.
Tp oklah nak rasa pengalaman tidur di Houseboat. yg tidak selesa boleh sewa hotel di Jeti.








1 comment:

  1. Gambar cantik bro ! Tips tu sangat berguna untuk firstimer ke India..

    ReplyDelete