Thursday 17 January 2013

BEIJING MUSIM SEJUK PART 5

Salam...
Hari akhir di bumi Beijing. Sekejab je dah 6 hari di sini, dah mula rindu pd keluarga di Malaysia terutama CK (Cik Kasih anakku). Hari ini kami lewat sedikit kami berkumpul di lobby. Jam 8.30 pg kami bergerak ke masjid Niu Jie . Ia merupakan masjid tertua di Beijing.

View atas pintu masuk masjid. Tengoklah senibinanya ada pengaruh budaya China. 
View bawah bhg sisi masjid dan di sini terletaknya rumah imam.

 Info masjid Niu Jie:
Masjid Niujie dibina pada tahun ke-14 semasa pemerintahan Tongle dr Dinasti Liao (tahun 996) oleh dua orang berbangsa Arab, ia merupakan masjid terbesar di antara 68 buah masjid di Beijing. Masjid ini mengalami beberapa kali perluasan kawasan pada masa Dinasti Yuan, Ming dan Qing (dr abad ke-13 sampai 19) Pada tahun 1442 (Dinasti Ming), bangunan masjid diperbaiki dan pada tahun 1696 (Dinasti Qing) diperluas kawasanSetelah Negara China terbentuk pada tahun 1949, Masjid Niujie telah mengalami 3 kali ubahsuaian, masing-masing di tahun 1955, 1979 dan 1996. Masjid Niujie yang terletak di Niujie (Jalan Sapi),Daerah Xuanwu, Beijing. Niujie adalah wilayah padat berpopulasi 13.000 warga Muslim yang membentang dari utara ke selatan, sekitar satu mil di sebelah barat . Kawasan ini dipenuhi oleh kedai-kedai yang menjual masakan Muslim oleh penjualnya yang mengenakan kopiah putih. Dinamakan Niujie kerana warga di wilayah ini menjual masakan halah, terutama daging sapi maka dinamakan Niujie atau "Jalan Sapi".

View kawasan Masjid niu Jie

 Di kawasan ini byk kedai halal. Ini menyebab kawasan ini sesak pd hujung minggu. Org Islam Beijing berkumpul untuk membeli makanan Halal terrutamanya daging. Gambar bawah menunjukkan org Islam Beijing beratur utk membeli daging halal terutamanya daging kambing.

 Sanggup beratur panjang untuk dapatkan daging halal yang di hiris dlm bentuk kepingan nipis

 View dr depan pasaraya Muslim

Kemudian kami bergerak ke Pasaraya Muslim tidak jauh dari Masjid Niu Jie .Di sini kami membeli sedikit pastri, kek dan biskut dan buah- buahan dsgnya. Kemudian kami bergerak ke Silk Center iaitu pasaraya. yg menjual pelbagai barang  TG mengatakan kita kena bargain (tawar menawar) jika hendak beli barang. Jika boleh sampai harga yg menyebabkan peniaga boleh mati. Sebagai Contoh harga t-shirt 'i love Beijing' yg peniaga letak harga ialah 400 yuen. Kemudian peniga kata dia bg special hari ini dgn harga 200 yuen sehelai. Kita yg hendak membeli, kita kena tawar harga hingga 10 yuen. I gerenti peniaga akan berkata 'u are joking', ' u kill me', 'better u go to mental hospital' dll lagi. kadang-kadang peniaga di situ berkasar, menarik tangan tp u all jgn risau coz dah budaya mrk suka bargain. Peniaga try gamble...manalah tahu ada pembeli tidak menawar harga. Kita kena tawar menawar sampai kita dah rasa harganya ok. Akhirnya I dpt harga t-shirt tu 15 yuen. ok deal, I baru beli.
kemudian kami bergerak ke restoren tempatan utk makan tengahari. Sembahyang di masjid tempatan. kira-kira jam 2.00 ptg kita bergerak ke shopping complex yg terletak di Silk Street. Jam 5.30 ptg kami bergerak ke restoren tempatan utk mkn mlm. Jam 7 mlm kami sampai di hotel. TG ingatkan peserta 'wake up call' jam 3.00 pg coz nak check out hotel selewat-lewatnya jam 4. 15 pg. Kami kena berada di Airport Beijing jam 5.00 pg sebab flight kami 8.00 pg  dr Beijing ke Hong Kong.  TG inggatkan 'packan' semua brg dgn elok. Kemudian........Zzz Zzz


30 DISEMBER 2012
Hari Akhir....Jam 3.00 pagi telefon berbunyi. Kami sudah berkumpul di lobby jam 4.00 pagi. Jam 4.10 pagi sepatutnya sudah bergerak ke airport tp malangnya driver tertidur. Jam 4.35 baru bergerak. Kami sampai di Airport Beijing jam 5.15 pg. Kami terlewat sikit. Tp alhamdulillah semuanya selesai. Sembahyang subuh di mana-mana tempat bersih krn Beijing Airport tiada tempat solat disediakan. Tepat jam 8.30 pagi kami meninggalkan Beijing. Selamat tiba di KLIA jam 4.45 ptg.....

JUMPA LAGI.........BEIJING

2 comments:

  1. Cantiknya gambar-gambar terutama gambar yang last tu.

    ReplyDelete
  2. Jadi icon POTO Travel ke..bestnya travel..saya cari Poto Travel dekat website x ada pun..

    ReplyDelete