Showing posts with label China - Beijing Musim Sejuk. Show all posts
Showing posts with label China - Beijing Musim Sejuk. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

BEIJING MUSIM SEJUK PART 5

Salam...
Hari akhir di bumi Beijing. Sekejab je dah 6 hari di sini, dah mula rindu pd keluarga di Malaysia terutama CK (Cik Kasih anakku). Hari ini kami lewat sedikit kami berkumpul di lobby. Jam 8.30 pg kami bergerak ke masjid Niu Jie . Ia merupakan masjid tertua di Beijing.

View atas pintu masuk masjid. Tengoklah senibinanya ada pengaruh budaya China. 
View bawah bhg sisi masjid dan di sini terletaknya rumah imam.

 Info masjid Niu Jie:
Masjid Niujie dibina pada tahun ke-14 semasa pemerintahan Tongle dr Dinasti Liao (tahun 996) oleh dua orang berbangsa Arab, ia merupakan masjid terbesar di antara 68 buah masjid di Beijing. Masjid ini mengalami beberapa kali perluasan kawasan pada masa Dinasti Yuan, Ming dan Qing (dr abad ke-13 sampai 19) Pada tahun 1442 (Dinasti Ming), bangunan masjid diperbaiki dan pada tahun 1696 (Dinasti Qing) diperluas kawasanSetelah Negara China terbentuk pada tahun 1949, Masjid Niujie telah mengalami 3 kali ubahsuaian, masing-masing di tahun 1955, 1979 dan 1996. Masjid Niujie yang terletak di Niujie (Jalan Sapi),Daerah Xuanwu, Beijing. Niujie adalah wilayah padat berpopulasi 13.000 warga Muslim yang membentang dari utara ke selatan, sekitar satu mil di sebelah barat . Kawasan ini dipenuhi oleh kedai-kedai yang menjual masakan Muslim oleh penjualnya yang mengenakan kopiah putih. Dinamakan Niujie kerana warga di wilayah ini menjual masakan halah, terutama daging sapi maka dinamakan Niujie atau "Jalan Sapi".

View kawasan Masjid niu Jie

 Di kawasan ini byk kedai halal. Ini menyebab kawasan ini sesak pd hujung minggu. Org Islam Beijing berkumpul untuk membeli makanan Halal terrutamanya daging. Gambar bawah menunjukkan org Islam Beijing beratur utk membeli daging halal terutamanya daging kambing.

 Sanggup beratur panjang untuk dapatkan daging halal yang di hiris dlm bentuk kepingan nipis

 View dr depan pasaraya Muslim

Kemudian kami bergerak ke Pasaraya Muslim tidak jauh dari Masjid Niu Jie .Di sini kami membeli sedikit pastri, kek dan biskut dan buah- buahan dsgnya. Kemudian kami bergerak ke Silk Center iaitu pasaraya. yg menjual pelbagai barang  TG mengatakan kita kena bargain (tawar menawar) jika hendak beli barang. Jika boleh sampai harga yg menyebabkan peniaga boleh mati. Sebagai Contoh harga t-shirt 'i love Beijing' yg peniaga letak harga ialah 400 yuen. Kemudian peniga kata dia bg special hari ini dgn harga 200 yuen sehelai. Kita yg hendak membeli, kita kena tawar harga hingga 10 yuen. I gerenti peniaga akan berkata 'u are joking', ' u kill me', 'better u go to mental hospital' dll lagi. kadang-kadang peniaga di situ berkasar, menarik tangan tp u all jgn risau coz dah budaya mrk suka bargain. Peniaga try gamble...manalah tahu ada pembeli tidak menawar harga. Kita kena tawar menawar sampai kita dah rasa harganya ok. Akhirnya I dpt harga t-shirt tu 15 yuen. ok deal, I baru beli.
kemudian kami bergerak ke restoren tempatan utk makan tengahari. Sembahyang di masjid tempatan. kira-kira jam 2.00 ptg kita bergerak ke shopping complex yg terletak di Silk Street. Jam 5.30 ptg kami bergerak ke restoren tempatan utk mkn mlm. Jam 7 mlm kami sampai di hotel. TG ingatkan peserta 'wake up call' jam 3.00 pg coz nak check out hotel selewat-lewatnya jam 4. 15 pg. Kami kena berada di Airport Beijing jam 5.00 pg sebab flight kami 8.00 pg  dr Beijing ke Hong Kong.  TG inggatkan 'packan' semua brg dgn elok. Kemudian........Zzz Zzz


30 DISEMBER 2012
Hari Akhir....Jam 3.00 pagi telefon berbunyi. Kami sudah berkumpul di lobby jam 4.00 pagi. Jam 4.10 pagi sepatutnya sudah bergerak ke airport tp malangnya driver tertidur. Jam 4.35 baru bergerak. Kami sampai di Airport Beijing jam 5.15 pg. Kami terlewat sikit. Tp alhamdulillah semuanya selesai. Sembahyang subuh di mana-mana tempat bersih krn Beijing Airport tiada tempat solat disediakan. Tepat jam 8.30 pagi kami meninggalkan Beijing. Selamat tiba di KLIA jam 4.45 ptg.....

JUMPA LAGI.........BEIJING

Wednesday, 16 January 2013

BEIJING MUSIM SEJUK PART 4

Salam kembali
Tepat jam 8.00 pg semua pesrta sudah berkumpul di lobby. Jam 8.10 pg bergerak ke kedai wajib 6 iaitu Jewellery Shop. Di sini lagi banyak autanya.....Kami berkumpul dlm bilik khas. Kemudian dtg promoternya..menerangkan jenis-jenis Jewellery yg ada di kedainya. Dia kata 'hari ini hari special sebab dah dekat New Year. Tanpa pengetahuan bapaknya (kononnya owner kedai) dia nak bg surprise iaitu cincin setiap org. Kemudian dia kata jgn bagitahu org di luar kedai nanti semua minta hadiah...Caya ke......Dah dia kata kedai bapak dia punya....Nak dijadikan cerita seorang member kami mengendap bilik sebelah. Promoter di situ juga guna ayat yg sama. Ha Ha Ha...... 
View Pintu masuk Jewellery Shop dan dekat parking bas dah ada org islam China jual 
makanan ringgan sama macam depan masjid. Diorang ni boleh hidu di mana kita berada.

Setelah 1 jam kami bergerak pula ke Stadium Olimpik ‘Bird Nest Stadium’ yg digunakan pd Sukan Olimpik 2008. Tanah lapang menyebabkan berangin dan menyebabkan suhu cukup sejuk.


View ‘Bird Nest Stadium’. Maaf gambar blurr sikit sebab cuaca.

 View Pintu masuk ke perkarangan Stadium. Ada polis, semua bag kena scan dulu sebelum masuk stadium

Atas View Building yg ada di sebelah Stadium. Uniknya semua building ada bentuk tertentu. Yg nie bentuk  naga. Bawah View Pejalan Kaki ke Stadium.

 View menarik di sepanjang Pejalan Kaki ke Stadium

View tandas di Pejalan kaki. Banyaknya...malangnya tutup ketika kami sampai.

View Pemandangan di Laluan masuk Stadium. Cantik...........

Kira-kira jam 11.30 pg kami bergerak ke restoren tempatan untuk makan tengahari. Mcm biasa menu byk sayur dan menu wajib telur dadar..... kemudian sembahyang di Masjid tempatan. Jam 3.00 ptg tiba di Yashow Market untuk membeli belah. Di sinilah salji turun setelah 5 hari berada di Beijing. Alhamdulillah.... Kuasa mu memberi peluang kpd insan kerdil ini merasainya. Jam 5.55 ptg (dah gelap dah) bergerak pula ke restoren tempatan utk makan malam.

Kami ada satu lagi lawatan iaitu ke The Palace Longest TV. Jam 7.00 malam tiba  di situ. Sungguh cantik tempat ini kerana dihiasi dengan lampu neon yang bewarna-warni. 

Mana TVnya ????? Yg bewarna biru tu...Kebetulan waktu kami sampai TV hanya menunjukkan bahasa Cina mungkin rancangan TV....

View lagi ........

 View salji menutupi segalanya.......Grr Grrr

Disebabkan suhu yg sejuk melampau maka kami sekejab je disini. Jam 9.00 mlm tiba di hotel. TG inggatkan kami jam 8.00 pg berkumpul di lobby keesokkan harinya. Zzzzz     Zzzzzzzz

Tuesday, 15 January 2013

BEIJING MUSIM SEJUK PART 3

BEIJING MUSIM SEJUK PART 3


Salam....
Jam 8.00 pg berkumpul di lobby dan kemudian bergerak ke Summer Palace setelah sarapan di hotel. Jam 8.45 pg tiba Summer Palace dan suhu sangat sejuk hinggakan tasik buatan itu beku. 


View Summer Palace dan Tasik Buatan yg beku....Sejuk









Info Summer Palace:
'During the reigns of the Qing Emperors Kangxi and Qianlong (1663-1795) several imperial gardens were created around Beijing, the last of them being the Summer Palace, based on the Hill of Longevity and Kunming Lake in the north-western suburbs of the city. Kunming Lake (known earlier as Wengshan Pond and Xihu Lake) had been used as a source of water for irrigation and for supplying the city for some 3500 years. It was developed as a reservoir for Yuan Dadu, capital of the Yuan Dynasty, by Guo Shoujing, a famous scientist of the period, in 1291. Between 1750 and 1764 Emperor Qianlong created the Garden of Clear Ripples, extending the area of the lake and carrying out other improvements based on the hill and its landscape. It was to serve as the imperial garden for him and for his successors, Jiaqing, Daoguang, and Xianfeng. During the Second Opium War (1856-60) the garden and its buildings were destroyed by the allied forces. Between 1886 and 1895 it was reconstructed by Emperor Guangxu and renamed the Summer Palace, for use by Empress Dowager Cixi. It was badly damaged in 1900 by the international expeditionary force during the suppression of the Boxer Rising, in which Cixi had played a significant role, and restored two years later. The Summer Palace became a public park in 1924 and has continued as such to the present day.'

Kami disambut oleh penjual jalanan. TG sudah menginggatkan peserta berhati-hati jika hendak membeli barang kerana mereka akan kembalikan wang palsu.So sesiapa yg pergi China kena kenal dgn pasti duit kertas 100, 50, 20 dan 10 Yuen.

View lagi di Summer Palace

View jambatan yg menghubungkan dgn salah satu pulau buatan

View Patung lembu mengadap Istana....Apa sebabnya...Lu Fikir Sendiri...


Jam 10.30 bergerak ke Zoo Beijing untuk melihat Panda. Jam 11.00 tiba di Zoo dan peserta diberikan masa satu jam. Suhu cukup sejuk.........Grr Grr

View Zoo Panda....adalah 3-4 ekor.....Korang rasa layak ke panggil Beijing Zoo.


View lagi............. Ada kedai sourvenir tp mahal. Beli satu t-shirt panda high quality 150 Yuen

 Jam 12.10 bergerak ke restoren tempatan utk makan tengahari, Jam 2.00 ptg bergerak ke Masjid tempatan utk sembahyang.

 View dlm masjid .... jangan risau ada air panas utk wuduk. Yg tak syoknya tandas agak kotor dan berbau sedikit.
 
Jam 3.00 ptg bergerak ke kedai wajib 5 iaitu kedai teh , walaupun tiada dalam iteaneri peserta.  Pelbagai Teh ada.... Ada teh Pu-erh, Jasmine, Frutties, Oolong, Green dll.  Cth Jasmin tea 150 Yuen...Ada jurujual / demonstrator yang membancuh tea pelbagai rasa utk dicuba. Setiap rombongan datang diorang akan kata 'special offer today'  Buy 4 box any rasa kecuali Pu-erh teh dpt cawan set ajaid (tukar warna jika ada air teh). Kelentong lebih......diorang nie...


Pu-erh Tea.........lagi lama lagi hitam warnanya dan lagi mahal harganya.

View Jurujual yg boleh berbahasa Indonesia.


Atas permintaan beberapa peserta rombongan, jam 4.30 ptg bergerak ke kedai barangan kulit (palsu) berjenama, Maaf tiada gambar kerana kedainya menjual pelbagai barang kulit berjenama mahal seperti Cooch, Gucci..Nak masuk kedai kena masuk semua kemudian ditutup pintunya. Nak keluar pastikan semua keluar serentak....Barang Ciplak so kalau tauke kena tangkap tak berbaloi katanya ..Jam 5.50 ptg bergerak ke restoren tempatan utk makan malam. Jam 8.00 mlm sampai di hotel mlm kerana masalah kesesakkan lalu lintas di Beijing.TG inggatkan peserta besok berkumpul di lobby hotel jam 8.00pg utk lawat Olimpik Bird Nest Stadium. Zzz  Zzzz
 

Sunday, 13 January 2013

BEIJING MUSIM SEJUK PART 2

26 Dis 2012
Salam... Tepat jam 7.30 pg slp breakfast di hotel kami bergerak ke Great Wall. Di pertengahan jalan kami singgah di Kedai Wajib 2 iaitu Jade Center Shop.

Pelbagai jade ada.. yang byk dalam kedai iaitu gelang, rantai dll tp tak boleh ambil gambar.

Di depan kedai jade ada penjual yg menjual keledek rebus, kacang. Boleh tahan sedap dimakan waktu panas.. Harga 2 biji (saiz besar) 10 Yuen..

 Kemudian kami bergerak pula ke Kedai Wajib 3 Kristal Shop. Lagi membosankan dah la...kedai buruk lps tiada org nak cerita pasal Kristal. Sebab dah ada dlm iteanery kami follow je.....

 Kononnya...Sesiapa yg peluk bola kristal warna merah akan murah rezeki, panjang umur....
Hah karut semuanya....layan je lahhhhh.

Jam 10.30 pg kami bergerak ke Ski Resort. Di sini  masuk dah ada dlm pakage tp sesiapa nak main ski (optional tour) bayaran tambahan 160 Yuen sejam termasuk kasut, papan ski dan jurulatih.. Sesiapa yg tak pandai main ski.. jangan risau jurulatih ada....utk amatur...Seronok tengok org yg baru cuba....jatuh..tergolek..tertonggeng.. tertiarap semua ada...

Pintu masuk 40 Yuen. Tempat main ski.


Yg tak ramai tu....tempat ski pro je... Yg rendah dan ramai org tu....amatur punya tempat. Yg duduk dan berdiri tu jurulatih part time tp Profesional

 View di luar Ski Resort....Sejuk........

View lagi....layan je lah...Yg bawah tu.....First Time jumpa salji...

View yg paling I suka....Mcm kat Europe pulak...
Mrk saja reka rumah Inggeris di luar Ski Resort..

Sps habiskan masa 2 jam dan kesejukkan yg melampau, kami bergerak ke restoren tempatan utk makan tengahari dan juga solat. Restoren ini kerajaan punya so byk kedai souvenir di dlmnya. Bilik sembahyang bersih dan ada org tua yg sentiasa mengemop spy lantai tak basah. So paham-paham je lah sedekah...

Pintu masuk restoren kerajaan. Menu makan ok ..tp ikan yg disediakan ialah ikan air tawar.. 
Boleh cuba.. sedap coz perut lapar sangat.....


Jam 2.45 ptg bergerak ke Great Wall...Semua orang nak pergi sini. Kalau pergi China tp tak pergi Great Wall..Maka tak pergi China la tu...


SIKIT INFO TEMBOK BESAR CINA
Tembok Raksasa Cina atau Tembok Besar Cina, juga terkenal dengan nama Tembok Sepanjang 10.000 Li di China. Ia merupakan bangunan terpanjang yang pernah dibuat manusia terdahulu. Tembok Raksasa Cina dianggap sebagai salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia. Berdasarkan bukti tertulis, pada dasarnya Tembok Raksasa Cina dibina pada Dinasti Qin, Dinasti Han dan Dinasti Ming. Namun, sebagian besar rupa tembok ini di bina pada Dinasti Ming.
Pra-Qin
Sebelum zaman Dinasti Qin, pembinaan tembok raksasa paling awal dilakukan pada Zaman Musim Luruh  (722 SM-481 SM) dan pada zaman Negara Perang (453 SM- 221 SM) untuk perlindungan suku-suku dr serangan musuh utara Cina. Negeri-negeri yang terlibat dalam pembinaan pertama ialah negeri Chu, Qi, Yan, Wei dan Zhao.  Dalam zaman-zaman seterusnya, tembok raksasa bertambah panjang, diperbaiki dan diuabahsuai.
Dinasti Qin
Pada tahun 220 SM di bawah perintah Maharaja Qin Shi Huang dan Jenderal Meng Tian mengumpulkan tenaga kerja sebanyak 300 ribu orang untuk menyambungkan tembok-tembok sebelumnya sebagai garis pertahanan. Pembinaannya mengambil masa 9 tahun dan melibatkan kos yg tingg serta mengorbankan banyak rakyat sehingga mencapai jumlah jutaan nyawa sehingga negera menjadi lemah. Ini menimbulkan kemarahan rakyat dan akhirnya memberontak menggulingkan Dinasti Qin. Kebencian rakyat pada kerja paksa tersebut memicu kemarahan petani yang berontak menggulingkan Dinasti Qin. Setelah itu, pembangunan tembok raksasa tidak dilanjutkan
Dinasti Han
Tahun 127 SM, Maharaja Han Wudi berkuasa (140 SM-87 SM), Tembok raksasa di ubahsuaikan dan dibangunkan selama 20 tahun dan panjangnya mencecah 100 km. Pada zaman pertama Han, tembok raksasa berfungsi sebagai pelindung kawasan barat dari Bangsa Hun yang mengancam rakyat Cina. Setelah pengaruh Hun melemah, pembangunan tembok tidak dilanjutkan. Mulai tahun 39 M, atas perintah Maharaja Guang Wudi, jenderal Ma Cheng projek pembangunan tembok besar dimulakan semujla. Pada saat itu, bangsa Hun terpecah menjadi 2 bahagian, utara dan selatan. Bangsa Hun utara berhasil ditundukkan oleh Han sementara bagian selatan berdamai. Setelah itu, pembangunan tembok raksasa ditinggalkan karena Cina sudah mempunyai kekuatan tentera yang besar. 
Dinasti Ming
Pada masa Dinasti Ming (1368-1644), setelah menaklukkan bangsa Mongol, tembok raksasa dari zaman sebelumnya dibina semula, dengan catatan panjang 5.650 km.Pada masa ini, tembok besar Cina dibagi ke dalam 9 daerah tentera yang dilengkapi benteng-benteng pertahanan dan pintu gerbang. Di atasnya dibuat jalan yg lebar utk pengangkutan. Pintu gerbang paling timur dinamakan Shanhaiguan dan pintu gerbang paling barat dinamakan Jiayuguan. 

 View di Tembok Besar China. Sejuk dan Berangin pd masa nie......

View lagi.......Agaknya itu senjata mereka......Ada kedai souvenir di sini. Tp mahal..
So jangan beli di sini.

 Jam. 4.30 ptg kami bergerak balik ke Hotel di Beijing (60km). Kami singgah di kedai wajib 4 Boafaling Shop. Ala kedai jual ubat kena benda panas yg popular tu...Juruhebah siap demo ubat tu, ubat ni dan sebagainya...layan je laaa.... Jam .6.30 ptg singgah makan di restoren tempatan. Sampai hotel jam 8.00 mlm.....TG ingatkan peserta besok jam 8.00 pg berkumpul di Lobby utk tour ke Summer Palace.    Zzz  Zzzz........


Wednesday, 9 January 2013

BEIJING MUSIM SEJUK PART 1

Salam .....
Tanggal 24 - 30 Dis 2012 dpt peluang ke Beijing dgn POTO Travel. Pergi seramai 24 org termasuk 3 baby (bawah 3 tahun). 24 Dis Berkumpul di kaunter H utk check in jam 7.30 pg. Pelepasan antarabangsa dalam group mesti 3 jam awal. Fight berlepas jam 10.50 pg (Cathay Pacific Airways). Jam 2.50 tiba di Hong Kong (Transit). Kena jalan cepat dan cari signboard 'TRANSFER' ke gate 24 utk berlepas ke Beijing (Dragonair) jam 4.45 ptg. Sesiapa yg nak sembahyang cari Gate 42 krn ada bilik sembahyang disediakan (Campur lelaki dan perempuan). Siap ada paip utk ambil wuduk (air sejuk saja). 

 
Hong Kong Airport

Tiba di Beijing Airport jam 8.05 mlm. Tour Guide (TG) (Ms Helen) sudah menunggu. TG ini bisa bertutur dlm bahasa Indonesia. So tiada masalah di kalangan peserta. Keluar je dr Airport.....semuanya peserta mencari baju sejuk coz mlm tu suhu cecah -7 Celcius. Sampai hotel (Ming Du) jam 10.30 mlm. Sps check in semua masuk tidur. TG ingatkan peserta jam 8.00 pg esok berkumpul di Lobby.
Sedikit info Hotel Ming Du dr org lain
 'We had a family vacation to Beijing on the 15th Dec 2012 until 21st Dec 2012. went under one of malaysian renowned travelling agent POTOTRAVEL. overall the trip was a blast. seeing the magnificent sight in beijing..The Great Wall, Forbidden City, Summer Palace, Panda Zoo..even went skiing..the only downfall to it was the hotel. stayed at Mingdu Hotel, Beijing...non of the staff speaks english..sign language preferred..room was ok..but the clealiness was not up to standard for a 4 star hotel..cup or glasses was not cleaned..someday they would do the beds..someday NOT..heater was not functioning..during winter season you need heater when the temperature was - 7 outside..so my advice, stay away from this hotel...'
 Tambahan dr saya: No free wifi....1  hour 10 yuen and di lobby saja pakai  cablelah tu......

 Hari Kedua (25 Dis 2012)
 Jam 8.00 pg berkumpul di Lobby slp breakfast di Hotel. Halal ke... itu yg bermain di kepala. Senang cakap ambil roti, jem, air kopi dan lain-lain makanan yg dirasakan halal.....Elakkan ambil ayam, daging dsgnya. Kemudian bergerak ke Tian’anmen Square dan Forbidden City. Wah.....cantik pemandangan tp sejuk melampau sangat. Dah la menapak jauh cuaca pula -3 celcius tambah derita lagi berangin.  Huh Huh sejuk.....Grrr Grrr

 View on the way to Tian’anmen Square n Forbidden City

 View Monument to the People's Heroes di Tian’anmen Square

'Lapangan Tiananmen merupakan lapangan di tengah kota  Beijing. Tiananmen beerti Pintu Surga yang Damai. Lapangan ini merupakan lapangan  terbesar di dunia saat ini. Lapangan ini terletak di luar pintu selatan Istana Kuno Dinasti Ming dan Qing, mendapat nama dr pintu selatan istana bernama Tianan Menwai. Di sebelah utara lapangan ini ada tiang bendera di mana setiap harinya diadakan upacara penaikan dan penurunan bendera oleh tentera. Di lapangan ini tidak boleh ada papan dan poster, bus dan kenderaan yang melintasi jalan di depan lapangan juga tidak diperbolehkan memiliki nama di badan bus. Lapangan ini terletak pada koordinat 116°23′17″BT dan 39°54′27″LU. Dengan panjang 800 meter dari utara ke selatan serta lebar 500 meter dari barat ke timur, lapangan ini memiliki luas 440.000 m2. Di sebelah selatan lapangan ini, ada dibangun sebuah bangunan yang merupakan Mausoleum Ketua Mao. Di dalam bangunan ini, jenazah Ketua Mao Zedong yang diawetkan di dalam kotak kaca. '

Pintu masuk Forbidden City
'Bangunan pintu ini terletak di sebelah utara Lapangan Tian'anmen, di tengah-tengah pintu ini ada tergantung foto besar Ketua Moa Zedong. 
Beberapa peristiwa penting bersejarah yang terjadi di lapangan ini di antaranya: 
Gerakan 4 Mei 1919, Proklamasi berdirinya Republik Rakyat Cina, Gerakan 5 April 1976 yang kemudian dikenal sebagai Insiden Tiananmen 1976 dan Demonstrasi Tiananmen 1989 yang kemudian berakhir dengan peristiwa berdarah Insiden Tiananmen 1989'

 Salji di mana-mana saja....sejukkkkkkk

Dlm Forbidden City. Lihat lantai dilitupi salji.

Kota Terlarang terletak  di tengah-tengah kota Beijing, merupakan istana kerajaan pada zaman Disnasti Ming dan Qing. Dikenal sebagai "Museum Istana" , lokasi ini memiliki luas sekitar 720,000 meter persegi, 800 bangunan dan lebih dari 8.000 ruangan.  Lokasi istana kerajaan berada di utara dari Lapangan Tian'anmen dan boleh masuk malalaui pintu  Gerbang Tiananmen. Lokasi tersebut dikelilingi oleh suatu kawasan yang luas yang disebut Kota Kerajaan. Walaupun tidak lagi ditempati oleh kalangan bangsawan, Kota Terlarang tetap merupakan simbol dari kekuasaan pemerintahan kuno China.

Kira-kira 1 jam, kitaorang dah keluar dr  Forbidden City krn ramai anak kecil dah menangis kesejukkan. Setelah bin cang dgn TG kami decide ke Wang Fujing Street utk membeli belah (Nak cari baju sejuk yg lebih tebal). Tp harganya agak mahal dan tak boleh nak bargain gila-gila. Tempat nie mcm utk org kaya Cina je......
Lagi gambar nak tunjukkan betapa sejuknya....Grr Grrr....

View Wang Fujing Street

Jam 12.30 kami bergerak makan ke restoren tempatan. Mcm biasalah menu wajib ialah telur dadar. Jangan was-was di sini semuanya halal. Kami mkn agak selera dgn 7 jenis lauk kebanyakkannya sayuran... bolehlah..

Restoren Halal Bangsa Eigur di Beijing.

Kemudian kami bergerak ke Masjid tempatan utk solat. Di sini ada air panas dan ada org jaga kasut.So  paham-paham jelah sedikit sedekah...mrk tak minta pun. Di luar masjid pula ada org cina bangsa mcm Turki jual roti dan kacang..Mrk datang jauh (1500 km) dr kota Beijing utk cari rezeki.....

View masjid tempatan kira-kira lima minit dgn bas dr restoren mkn.

Kemudian bergerak ke kedai wajib (kerajaan) yang pertama iaitu kedai sutera...Biasalah kedai ini mahal dan harganya agak tetap. No bargain, sebab komisyen nak bagi pd TG. Kita layan je.......

Kedai Silk (Wajib) ....Boleh main dengan kepompong sutera..Ringan rupanya......

Jam 4.30 ptg kami bergerak pula ke tempat persembahan Acrobatic. Menarik dan dicadangkan pergi tengok. Ada tiket... Di luar ada kedai menjual 'long john' khas utk cuaca sejuk melampau...agak murah juga. Lagi satu kena dtg awal takut tempat penuh.....Kalau boleh duduk sebelah atas, lebih jelas....

Gelung besi bulat belakang tu...utk persembahan acrobatik motor. Sampai 5 biji motor. 
Mcm tak caya je diorang boleh buat.

Jam 6.30 ptg (Dah gelap dah) kami bergerak ke restoren tengahari tadi utk makan malam. Jam 8.00 mlm kami dah sampai hotel. TG inggatkan kami besok bergerak lebih awal ke Great Wall...... Zzzzzzzzzzzzzz SEJUK.......Zzzzzzzzzz.