Friday 18 October 2013

Medan, Indonesia Part 2

MEDAN Hari Ke Dua (16 Nov 2013)

Hari kami akan ke Samosir Island. Buka je tingkap.. WOW .. cantiknya pemandangan menghadap ke danau toba ni pada waktu pagi...

 View ... Apa korang nak kata ....


Kami akan naik feri, seperti biasa CK dah tak sabar sabar lagi...Kami naik feri dgn sekumpulan  pelancong dari Jakarta. Kebetulan cuti panjang Awal Muharram, tu yang ramai local tourist jugak. Bagus jugak, riuh rendah puak puak ni... Oleh kerana mereka ramai, maka feri datang betul betul ditepi hotel untuk ambik kami.


 View.. Kiut tak budak niii

View Nii lah dia bot yg kita org naik... Cantikkan kerusinya....

Perjalanan dgn feri dari hotel ke Samosir Island ni ambil masa hampir 40 minit.  Pemandangan di sepanjang perjalanan cantik. Dalam hati tak habis habis memuji kekuasaan Allah... bagaimana samosir island ni wujud / timbul hasil dari letusan gunung berapi. Subhanallah... Korang layan jelah gambar yang sempat disnapkan



View Salah bot yang membawa pelancong ke Samosir Island





Kami menuju ke Kg Tomok dahulu. Apa ada sini ???... Kami di bawa melawat perkuburan King Sidabutar... Jauh jugak berjalan dari jeti ke kawasan perkuburan ni.

View ... Jeti Kg Tomok...

View..Subhanallah.. Dalam ada pulau sumetera, Dalam Pulau Sumatera ada Tasik Toba. Dalam Tasik Toba ada Samosir Island, Dalam Samosir Island ada tasik lagi

Bawah nii .. korang layan jelahh gambar yang ada.. Perkuburan... Ada datuk yg atasnya ada cucunya. Bapanya.. bawah kepada ada anaknya.. entahlah....







View.. Simbol org Batak.. 1) cicak kerana binatang nii boleh hidup di mana mana. 2) 4 bjik B_ _ h D_ _ a  menandakan kesuburan wanita. Prianya jika mahu kahwin .. yg nii akan tengok dulu.. lagi besar, lagi subur...


View  Pekan kecil Kg Tomok


Best jugak shopping kat Kg Tomok tu, segala macam souvenir ada. Tapi jenuh tawar menawar harga lah...tapi overall, peniaga kat sini tak lah mendesak kita membelinya. So, rasa selesa lah cuma mereka merayu kita singgah beli "Buat pecah telurnya pak" Itu lah dialog diorng ni nak pujuk kita.





Habis di Kg Tomok, kami naik feri semula untuk ke Ambarita, satu lagi perkampungan orang toba di samosir island ni. Di sini, kami dibawa ke stonechair, tempat persidangan dan tempat memancung kepala pesalah. Dari jeti, kami berjalan sambil di sekeliling jalan penuh deretan kedai. Cuma keadaan agak kurang meriah....penjual pun nak tak nak jer panggil pelanggan. Tapi harga barang yang sama dijual adalah jauh lebih murah dari di kg tomok. Penjual letak harga pun dah murah, apalagi selepas ditawar...berbaloi beli di sini tapi pilihan agak terhad lah. 













Cuaca agak panas terik kat sini, tapi seronok pulak dengar penerangan pasal orang batak yang pancung kepala, dan kemudian, badan pesalah tu dipotong potong dan diagihkan kepada orng kg untuk dimasak dan dimakan...












Jam 12 tengahari, kami kembali ke jeti untuk balik ke Perapat, iaitu di tepi hotel kami.

 Sampai di jeti, kami ambik beg di lobby dan  terus ke kedai makan untuk lunch. Menu ??? Tentulah nasik padang !!!  Ok sambung next entry....

No comments:

Post a Comment