Salam
Sambung cerita hari ke tiga (6 Feb 2013) di Osaka, Japan
Selesai di Sinsekai area, kami meneruskan perjalanan naik subway ke Umeda Station semula. Destinasi seterusnya ialah ke Umeda Sky Building yg terkenal dgn Floating Gardennya... Org kata kalau tak datang sini bermaksud tak sampai Osaka, Japan.
Keluar
dari Umeda station., jalan lurus jer....dlm 15 minit camtu kita akan jumpa Umeda Sky Building,
View Inilah dia USB...
View nak ke puncak ....
Umeda Sky Building ialah bangunan berkembar dan di puncaknya terletak pelantar terbuka yang dikenali sebagai Floating Garden. Bayaran masuk ke sini ialah 700 Yen tp kami free je dgn Osaka Pass. Tapi CK kena bayaran 100 Yen kat sini. Punyalah cari gardennya...mana ada kat atas nii, ntah kat mana lah yang dikatakan Floating Garden tu. Yang ada ialah lampu lip lap kat lantai di atas pelantar tu...I pun ambil peluang snap gambar...dr pelantar.....
View Bandar Osaka dr Floating Garden
View Bukti kami dah sampai kat Umeda Sky Building
View Renungan jauh memikirkan nak ke mana pulak niii
View CK....
View Kaunter menjual kunci kasih sayang dan minyak wangi
Selepas berposing kat atas Umeda Sky Building ni, badanpun dah rasa penat sangat sebab dah seharian berjalan. Tetiba dari umeda sky building tu, kami ternampak ferris wheel dgn lampu warna merah di salah satu bangunan. Wah !!! I pon terus dapat idea ajak My wife n CK naik ferris tu pulak, kebetulan masih lagi free dgn osaka pass kami.
View Pintu masuk Umeda Sky Building
View HEP FIVE Ferris Wheel
Maka, dari umeda sky building kami menapak semula ke Umeda stn. Dan tak jauh dari situ, dah jumpa Hankyu building. HEP FIVE ferris wheel ni terletak di atas Hankyu building. Fees ialah 500 Yen (free dgn osaka pass). Korang layan jelah gambar yang ada ya
View.. Layan je lahhh
Habis dah kisah Osaka. Next entry, Nara punya cerita....Bye
Cantik jugek view di Ferris Wheel pd waktu malam ya! Tak tahulah samada kami sempat atau tidak mengunjungi tempat yg KASIHROSLI kongsikan..kami cuma ada setengah hari aje di Osaka ni nanti!
ReplyDelete