Friday 16 August 2013

Japan - Nara Part 2

Salam Hari Ke-Empat (7 Feb 2013)... Sambung cerita Nara

Selepas Lunch kami meneruskan perjalanan ke Todaiji Temple. I pun snap gambar apa yg patut..utk tatapan u all

 View Terowong laluan khas ke Temple tuuu

 View Signboard yg besar...perlu sangat... serik ....nanti makan buah langsat lagi...

 View panduan arah lagi ... Manager Iteanery teliti betul - betul ya.... I ikut je...

 View...Laluan khas yg besar...Kat Malaysia patut ada laluan begini.. utk pejalan kaki

 View...Boleh tak U all cari sampah bungkusan makanan???



 View.. Sesiapa yang ke Osaka ..wajib pergi Nara niii.. Tengok CK dgn rusa yg jinak...Kalau kat Malaysia.. lesap dah rusa tu...

 View Penjaja keledek manis...harganya...lebih kurang RM 7.00 utk 100 gram..



 View Gerai dekat Namdaimon gate

Akhirnya kami sampai ke Namdaimon gate, iaitu pintu gerbang sebelum kita sampai ke Todaiji Temple. Dalamnya ada Daibutsu iaitu patung buddha yg diperbuat dari kayu. It is the largest wooden structure in the world. 

 View Namdaimon Gate


 View ke Tadoiji Temple selepas Namdaimon Gate

 View CK dgn gaya tersendiri


 View  Ok dah nampak Tadoiji Temple

View Banyak pemandagan menarik sebelum sampai ke Tadoiji Temple

Disebab CK dan leka main dgn rusa rusa, tambahan pulak kami dah bazir masa lebih sejam akibat sesat tadi..kami hanya pergi satu tempat nii je...Korang layan jelah....gambar bawah nii ya



 
 View di depan Tadoiji Temple


 View Batu bersurat versi Japan...


 View zoom Namdaimon Gate




 View Kedai sourvenir...agak mahal Cth sehelai t-shirt CK 2000 yen...




 View Di salah satu pondok tu tempat kami solat.. Siap ada air paip lagi... tapi tak de hot water...


 View ... cantikkan....



  
So, selesai solat, kami berpatah balik ke JR Nara stn...tapi bukan dgn berjalan kai, tapi kami rela tunggu bas...letih betul rasanya.  

IGAUAN NGERI STORY
Tambang naik train JR dari Nara ke Kyoto ialah 690 yen. Dari google map, My wife tengok hotel kami di Kyoto ni hampir dgn Tofukuji station, dan disarankan berjalan kaki je melalui kawasan perumahan. So, sepnjang dlm train tu, my wife tak berani tidur sebab takut terlepas station tu. Sampai je di Tofukuji stationn, kami turun. Tapi sebelum keluar dr station tu, My wife tanya train officer tu, di mana hotel kami sambil tunjukkan print-out booking.com kami. Officer tu check kat dlm komputer dia dan beritahu tak de nama hotel tu di sekitar Tofukuji station ni, dan dia nasihatkan kami naik semula train dan turun di Kyoto station. Tofukuji stn ni berjarak 1 station jer dari Kyoto station. So, kami naik semula train dan turun di Kyoto  station. 

Walaupun di tangan my wife ada Kyoto station map, tapi sebab first time di situ,maka agak terpinga pinga lah kami sekejap untuk cari exit gate keluar dari train station nih. Station train kat Kyoto besar sangat.. sampai nak cari gate keluar pun tak jumpa...Tak boleh jadiiii...maka my wife pun tanyalah orng kat mana lift untuk keluar dari situ dan nak cari hentian teksi. Ada sorang student nih, siap suruh kami ikut dia cari lift dan tunjukkan jalan keluar dan kemudian pass kami ke train officer pulak. Train officer tu tunjukkan pulak tempat utk tunggu teksi. Baik betul diaorg nih...

Akhirnya, kami beratur menunggu teksi. Org yg tukang jaga kat situ, beritau yg hotel kami dekat jer..boleh jalan kaki. My wife cakap kami nak teksi jugak sebab dah tak larat jln tambahan pulak masa tu dah gelap walaupun jam baru 7 mlm.(dah masuk isyak dah masa tu...). So, kami masuklah ke dalam satu teksi ni..Tapi pemandu teksi tu tak tolong pun masukkan beg ke bonet, semua I buat sorang jer. Teksi pun bergerak...sambil tu tanya nak ke mana. My wife pun tunjukkan print-out booking.com tu. Terus jer, driver teksi tu berhenti dan teliti kertas tu utk tengok nama hotel. Dia macam tak tahu mana hotel tu...pastu dia call hotel tu berdasarkan no.tel yg ada kat print-out tu. First time call, tak dapat, second time call pun tak dapat. Terus driver tu kata hotel tu tak da. Masa tu, kami rasa macam nak PENGSAN !!! Biar betul hotel tu tak wujud. Masa my wife booking dari KL.. hotel nii yang paling cepat respond..tambahan pula tukang jaga teksi tadi kata hotel kami dekat je.. Dlm hati, dah terpikir, mana kami nak tidur mlm tu....Entah apa apa yg driver tu cakap lagi, last last dia suruh kami keluar dari teksi tu !!!! Ahhhh ...dah rasa nak nangis my wife masa tu. I dah bersungut sungut marah my wife pasal booking entah apa apa hotel entah lagipun badan dah penat sangat. Lepas  keluarkan segala beg letak kat tepi jalan, driver tu mintak I bayar 680 yen sambil tunjuk kat meter dia. Masuk teksi jer, 600 yen, jalan tak sampai 10 m tu, kena 80 yen lagi. My wife suruh driver tu call lagi hotel sambil tunjuk alamat hotel tu. Kali ke 3, driver call, masih lagi tak berjawab !!! Aduhaiii....My wife pun bacalah ayat kursi masa tu, semoga Allah lembutkan hati driver ni, dah bagi satu idea macam mana nak solve problem ni. I dan CK dah berdiri kat tepi jalan dgn beg beg dan stroller. Tetiba...I suruh pulak driver tu cari guna GPS dia sebab kat print out booking.com tu siap bagi alamat GPS hotel. Mujur driver tu, ikut cakap I. Lepas dia setting GPS tu....terus tunjuk kedudukkan hotel. Lepas tu dia cakap entah apa entah dan angguk angguk kepala. Fuhhh!!! I pun suruh hubby masukkan balik semua beg ke dalam bonet dan kami masuk teksi tu semula. Dlm hati masih cuak lagi...hulu manalah hotel ni..

Dalam 5 minit teksi bergerak, terus I nampak hotel tu. ALLAHHUAKBAR !!! Syukur sangat..rasa nak menangis masa tu...

Kami turun di depan hotel dan bayar tambang 880 Yen. Check-in dan terus masuk hotel. Waaa..bilik hotel ni yg paling selesa antara ketiga-tiga hotel yg kami stay kat Japan ni dan harganya paling murah..Barulah my wife perasan, yg semua peralatan dlm hotel tu ada nama Hokke Club hotel. Maknanya, hotel ni rebrand nama hotel baru kot, tu yang driver teksi tak tau. Pas tu baru teringat lagi, nape driver teksi tak dapat call hotel tu. Sebab no.tel hotel kat print -out kami tu bersekali dgn kod dari oversea. Patutlah driver tu call sampai 3 kali tak dapat...

 Ni pengalaman paling tak dapat dilupakan sepnjg back pack ke Osaka ni. First, sesat nak cari Nara park. Second, kena "halau" turun dari teksi pastu naik balik teksi yang sama....Tapi kami dapat pengajaran yg paling berharga iaitu jgn mudah panik !!! Insyaallah...Apapun kekawan masa booking hotek kat oversea..make sure u all study lebih..manalah tahu banyak hotel dah tukar nama...

Nanti sambung lagi hari ke 5 berjalan jalan di Kyoto pulak.



 

1 comment:

  1. Olawei....kisah ngeri ni kalau dikenang balik,pasti menjadi memori yang indah!

    ReplyDelete