Hari Ke Tiga (6 Februari 2013)
Hari ni, kami plan mesti pergi 4 tempat tumpuan utama pelancong
kalau datang ke Osaka. Senang cakap 'trademark' Osaka. Sekurang-kurangnya cover semula modal beli Osaka Pass 2700 yen sorang tu.
View CK ceria setelah puas tidur....tertarik dgn iklan yg tergantung dlm keretapi. 'Mendonggak ke langgit, aku tunduk ke Bumi'...
1) Osaka Museum of History
Turun di Tanimachi 4 chome station,
exit#9, lebih dekat untuk ke sini, tak lah menapak jauh. Masuk ke sini
jugak free dgn menggunakan osaka pass kami.
View taman di hadapan bangunan Muzium tuuu. Cantik, Kemas dan Bersih...tak tahu nak cakap apa....
View...INI bukan muzium ye...Ini contoh warehouse org Jepun
'Osaka Museum of History' (fees 600 yen) ni banyak menunjukkan sejarah tentang kegiatan penduduk di Osaka. Lepas tunjukkan pass, kami dibawa naik terus ke tingkat 8 dulu, pastu turun
setingkat demi setingkat guna tangga.
View pakaian org Osaka pd zaman dahulu. Yang nii berada ditingkat 8.
View Pelan perkampungan dahulu Osaka
View...Gambar-gambar mcm nii memang banyak. Semuanya berkaitan sejarah silam penduduk Osaka, Japan
View Mesin nii aku jumpa kat rumah nenek aku dulu....Teringgat kisah silam. 'Singer.. menawan keluarga bahagia'.
View Contoh makanan ruji penduduk Osaka dulu. Malaysia pun kena buat Muzium mcm niii.. Korang setuju tak...?
View....Penat menapak pura-pura jadi patung....
View..Muzium nii mcm nakkan kita merasai sejarah silam mereka.
View pasar ikan zaman dahulu...macam betul je...
Pintu masuk museum. of history Osaka
Dari
muzium ni, kami keluar menapak ke Osaka Castle pulak. Tak lah jauh sangat antara kedua tempat ini. On the
way ke Osaka castle, kami terserempak dgn 2 kartun tengah shooting.
Kebetulan pulak, setiap pagi kartun tu CK lihat kat tv di bilik hotel...
View katon tu.....kalau kat Malaysia....mcm cerita Cumi dan Kiki yang popular suatu ketika dahulu
View Tempat laluan pejalan kaki dan park sebelum masuk ke pintu utama.. Korang layanjelahhhhhhhh
View CK dgn ais-krimnya. Anaku...anaku.
Di bawah nii penuh gambar pemandangan dari Osaka muzium ke Osaka Castle.. Korang layanjelah.... biar gambar-gambar foto tu menceritakan sendiri....
View ........Tengok je..jangan kata apa-apa
View....Tengoik mcm mana mereka menjaga pokok tanaman yang ada.. Siap berbalut lagi ketika musim sejuk....
Fees
masuk ke Osaka Castle ialah 600 yen seorang ..tp kami masuk free je sebab dah ada Osaka 2 day pass. Di
dalamnya banyak sejarah pasal maharaja Jepun dari pelbagai
era pemerintahan masing-masing. Walaubagaimanapun kami tak lama di dalam Osaka Castle nii sebab takut hujan, kebetulan pulak cuaca
mendung dan kami belum lunch lagi.
Dekat nak sampai Osaka Castle...kami jumpa seorang pakcik yg sebuk memberi burung merpati makan. Kami pun joint laa. Rupanya diaorang promote jual makanan burung tu... Tp mereka tak paksa beli pun...Apapun kami terhibur melihat CK enjoy sangat walaupun jerit takut...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggQj3tJWSZOWBz8fnsVWQXTR19hdGh-cRdUTMtK_DLp6RMaNybVIDt36S53X47g3FNg9zaWFdph0nygpoNuDe5kw1k3qwzRr0B0lIjS7KiwR6NlEkmOmJAl1JiyDKqskW-joHmpA2qWf4/s640/JPN+250+copy.jpg)
Akhirnya kami sampai kat Osaka Castle...
View dari depan...Pelancong memang ramai termasuk yg local...
View....Hantu Jepun Cun dengan anaknya... Ha Ha
View Ck dengan replika ais-krim lagi.....
View..Meriam betul betul depan pintu masuk
View kisah hal Maharaja lama Jepun
View.. CK cuba mendapat mohor di raja Jepun
Selepas
lunch di perkarangan luar Osaka Castle park, kami bergerak destinasi
seterusnya iaitu Tennoji Zoo sebab CK suka
haiwan. Kami sepakat Ok sebab ada kupon masuk free ke situ.
Kita sambung cerita...next entry........
No comments:
Post a Comment