Salam...
Jumpa lagi. Habis je 6 aktiviti di Elephant Trekking kami terus di hantar ke hotel. Kami bersihkan diri n solat. Jam 4 ptg kami turun ke bawah cari motor nak sewa. Dr agen yg sama kami dpt sewa motor jenis Honda fully auto dgn harga 200 TB. Kami juga dibekalkan dgn helmet. I tgk meter minyak n check tayar. I minta agen pumkan tayar motor n minyak agen kata cukup utk satu jam journey. Than kami bergerak ke Phromthep..wife I jadi juruarah. Kekawan...sesiapa yg ada lesen boleh try bawa motor tp pastikan anda berani. On the way kami singgah di Karon Beach. Ok juga pemandangan di sini. Di sini lagi hapening n byk pelancong luar dan ombaknya tak kuat, Karon Beach juga mempunyai pantai yg panjang berbanding dgn Patong Beach.
View Banyak Mat n Minah Salleh nak burnkan diri. Ketika ini jam 5.00 ptg dan sangat panas.
View Karon Beach....kelu lidah dgn keasyikkan, kebiruan...
View lagi..layan je lah.....
View lagi....banyak mat n minah salleh
View lagi.........
Than kami meneruskan perjalanan. Sampai pula kat Kata Town, kami ternampak satu hotel yang decoration entrancenya menarik. Berhenti ....ambil gambar je

View Sesuai..Maklumlah negara gajah putih.
View antara arca yang ada sepanjang jalan ke Phromthep.
Kami meneruskan perjalanan hinggalah sampai satu tempat di puncak bukit kami berhenti lagi di sebuah restoren tempatan 'Baan Cafe'. Sebetulnya kami belum lunch lagi. Kami pilih seafood je takut juga sebab nampak botol arak tersusun rapi kat bar. Di restoren ini juga disediakan tempat utk melihat pemandangan yg cantik dan yg paling penting...ramai org dtg sini nak tengok sunset. Tp kami nak tgk sunset kat Phromthep iaitu penghujung pulau Phuket nii.
View dr restoren. Nampak macam hotel....
View Boleh tahan juga pemandangan ke laut di sini.
Kami meneruskan perjalanan lagi....kami berhenti pula di 'Karon View Point'. Puncak bukit yang menyajikan pemandangan yang cantik. Banyak bas dan van pelancong berhenti di sini. I ambil peluang utk snap beberapa keping gambar.
View...My family
View Di sini kita boleh nampak Kata Beach and Karon Beach. Yg dekat tu Kata Beach yang jauh tu Karon Beach
View Dah mula nampak sunset di Karon View Point
View Anak Baba Tersayang
Than kami meneruskan perjalanan. Kira-kira 2 km lagi nak sampai Phromthep, baru I perasan minyak motor nak habis. So I berhenti di satu gerai tepi jln utk membeli minyak 2 botol minyak (2 liter kot). Setiap botol berharga 40 TB. Than kami meneruskan misi kami. Akhirnya kami sampai Phromthep. Punyalah ramai org ...nak cari parking motor pun susah. Tp kekawan view utk sunset di sini memang menakjubkan. Cuma nasib kami kurang baik kerana awan tebal.
View Sunset di Phromthep ....Apa U All nak kata
View CK yang seronok tengok sunset. 'Baba sun nak masuk air'...
View Di sebalik awan Mentari merah menyembunyikan dirinya.
View lagi.....Layan je lah.....
View ... Korang kata apa ye.....
View Kincir angin di salah satu puncak bukit di Phromthep. Mesti nak janakan elektrik
View org ramai di Phromthep nak tengok sunset
View On the way nak balik semula ke Patong
Kami habiskan masa kira-kira 1 jam setengah je. Memandangkan hari dah nak gelap kami kena bergegas balik ke Patong semula. Sampai di Kata Town kami berhenti nak tukar duit. Di sini berbaloi tukar duit RM ke TB. Di Kata Town juga wife I sempat cari piring atas TV yang menjadi koleksi kami jika ke luar negara. Di Patong kami dah cari tapi tak jumpa. Sampai je di Patong Town kami terus ke Gerai Kesuma beli makanan utk dinner. Kena bungkus sebab CK dah tertidur. Sampai bilik kami dinner, than I bergerak ke Bangla Road. Wife tak nak ikut sebab letih naik motor n astroller CK tak bawak. Sapa nak dukong CK..Tujuan I ke sana, nak tengok betul ke cerita-cerita yang ada dalam blok kekawan. Betulke Bangla Road nii indah khabar dari rupa sebenar....
View ketika mula menjejaki Bangla Road. Ada pelbagai ragam manusia jalanan berniaga barang.
View Cari duit dgn show jalanan.
View cari duit dgn buat Magic Jalanan. Korang nampak tak cermin mata terapung
Sampai lah di tengah-tengah Bangla Road. Korang nilai sendiri ye. Memang betul apa org lain kata. tak sesuai bawak famili di sini. Penuh dgn 'Tiger Show'. Di luar-luar nii semua masih ada pakaian lagi. Kawasan nii memang penuh dgn agen yang menawarkan pakaj-pakej .......Tiger Show tanpa seurat benang. I tak teringin pula nak try tengok....ingat wife dan anak di hotel. Nasihat jangan pergi sorang-sorang ke sini sebab I yang saiz king nii pun diorang tarik tangan.. ajak tengok benda tu...pakej siap dgn GRO sekali. GROnya pula international semua bangsa ada...Tak caya cuba try gi Bangla Road. Gambar-gambar bawah nii utk rujukan sahaja. Dosa Tanggung Sendiri ..... I snap dari jauh je pakai 'zoom lens 300 mm'. Tak berani I nak ambil dekat dekat. Everything here money...
View Salah satu Pub yang terkemuka di Bangla Road. Simbol pun dah tahu makna...

View Orang ramai dan agen agan international....
View Pakai zoom standard... AWAS dosa tanggung sendiri
View Dgn 'Zoom Lens 300'. Mana berani pergi dekat. Kena pukul nanti. AWAS Dosa Tanggung Sendiri. I paparkan kat blok semoga menjadi pedoman bila ke Bangla Road
View Kat sini lagi ramai.....AWAS Dosa Tanggung Sendiri
View Pondan-pondan dr Simon Cabaret mencari wang saku tambahan. Boleh bergambar tapi kena bayar 100 TB. Apa macam...kekawan....pondan Malaysia ada tak mcm mrk....
View water Fountain semasa nak balik ke hotel
View Dgn 'Zoom Lens 300'. Mana berani pergi dekat. Kena pukul nanti. AWAS Dosa Tanggung Sendiri. I paparkan kat blok semoga menjadi pedoman bila ke Bangla Road
View Kat sini lagi ramai.....AWAS Dosa Tanggung Sendiri
View Pondan-pondan dr Simon Cabaret mencari wang saku tambahan. Boleh bergambar tapi kena bayar 100 TB. Apa macam...kekawan....pondan Malaysia ada tak mcm mrk....
View water Fountain semasa nak balik ke hotel
Hebat sungguh hari ke-tiga nii. Sampai lembik kaki... Kat Bangla Road nii i guna masa 1 jam je tak masuk perjalanan ke sini... Lepas tu bergegas I balik ke hotel bila agen agen international tu mula offer I mcm mcm. So kesimpulannya Bangla Road TIDAK sesuai untuk family tour at night. Next entry i akan ceritakan Tour Motor lagi dan FantaSea..... Bye...
No comments:
Post a Comment