Wednesday 30 January 2013

INCREDIBLE INDIA PART 2

Hari Ke-Tiga (16 Sept 2012)



Salam
 
Jam 6 pg dah bangun sembahyang subuh. Di Houseboat tiada air panas, mandi jelah dgn air sejuk dan waktu pg airnya berbau sedikit (mcm kat kampung bila guna air perigi). Lepas sembahyang ambil udara segar di luar Houseboat. Tak sangka pula pagi-pagi buta dah ada org tempatan menjual bunga.


View gigihnya mereka mencari rezeki.....


Lepas breakfast kami bergerak ke GULMARG utk melihat pemandangan. Kata TG waktu musim sejuk seluruh kaw ini akan diliputi salji dan org akan main ski di sini. Sebelum sampai ke TANGMARG kami berhenti di satu kawasan utk melihat pemandangan. Pemandangan akan menjadi lebih cantik tp kami pergi bulan sept, so pemandangan biasa je. 


View pekan Srinagar, Kashmir




 View tempat perhentian sebelum ke Tangmarg


View lagi. Jeep yg I pakai sepanjang berada di Kashmir

Utk ke Gulmarg perjalanan akan mengambil masa 3 jam.  Kami akan berenti di beberapa tempat sebelum sampai ke pekan kecil, TANGMARG iaitu perhentian sebelum menaiki Cable Car ke KONGDOORI (Perhentian sebelum ke puncak Gulmarg) Kami layan melihat pemandangan. Sebelum kami sampai ada pemeriksaan tentera. TG cakap sebelum matahari terbenam semua org kena turun, tentera akan ambil alih kawal kaw ini.



View Buildingnya macam kat Europe. Mungkin mat salleh pernah duduk kawasan ini.



View lagi di Tangmarg





 



Kami sampai di Tangmarg dan apa yg boleh dilihat ialah pemandangan yg cantik iaitu dikelilingi gunung ganang, bangunan ala-ala di Europe dan kuda yg byk utk disewa. Paling tak lupa bau taik kuda...,Kami menaiki Cable Car (tak lawa sangat kerana dah lama tp bolehlah). Di sini TG tak naik dan kami dibantu oleh seseorang yg diperkenalkan oleh TG. Korang nampak tak taktik mrk utk pau kita (tips). Bila ada org tlg mesti kena bg tips. India india byk betul belitnya. Akhirnya kami tiba di Kongdoori slp 30 minit naik cable car. Sungguh cantik view disini. Anugerah Allah.


View di Kongdoori


..




View Cable Car ke puncak. Kami tak naik.....


View kuda yg boleh disewa....Yg nie tak tahan baunya....






View....Cantik.....


Kami menghabiskan masa 2 jam disini . Kemudian kami mkn dan solat di sebuah hotel di Tangmarg. Dlm perjalanan pulang kami singgah di Ladang Epal. Wah menarik coz first time tengok ladang epal. Di sini tak boleh petik epal, if nak juga bayar sebanyak 100 Rupee. India..... everything money.


 View ladang epal.


Kemudian kami singgah pula di kedai wajib cenderamata. Tp di sini segalanya ada, lebih-lebih lagi carpet. Kami layan je.......Sebelum sampai di jeti nak ke Houseboat jeep kami berhenti pula di gerai menjual jagung bakar. En Shamir seorang dr kami teringin nak mkn jagung bakar so dia beli dgn harga 5 rupee 2 tongkol. Masalahnya kami semua tak sanggup nak makan kerana penjual menghantar jagung bakar dgn menggunakan tangan tanpa ada plastik / pelapik. Dahlah tangannya hitam krn arang, kami nampak pula kukunya panjang...wek  wek nak muntah rasanya. India india...,,,,,,emm  emm.

Kami meneruskan perjlnan. kami sampai di Houseboat hampir margrib. kami bersihkan diri dan dinner jam 8.00 mlm. TG ingatkan kami supaya packan brg kerana besok kami check out dan flight kami jam....... Kami akan bersiar dgn Chikara utk melawat pasar buah di sekitar Tasik Dal. Zzz Zzzzzzz.......

3 comments:

  1. Indah sungguh pemandangan di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tq sudi dtg ke blok nii. Jika ada peluang boleh lah gii sini

      Delete
  2. Salam nak tanya..ade x rse mnyesal gi bulan sept..sbb kami ingt nk g time winter tp da terbeli bulan 9....tp sempat la kalau nak tukar...u rase mcm mn???

    ReplyDelete