Salam... Tepat jam 7.30 pg slp breakfast di hotel kami bergerak ke Great Wall. Di pertengahan jalan kami singgah di Kedai Wajib 2 iaitu Jade Center Shop.
Pelbagai jade ada.. yang byk dalam kedai iaitu gelang, rantai dll tp tak boleh ambil gambar.
Di depan kedai jade ada penjual yg menjual keledek rebus, kacang. Boleh tahan sedap dimakan waktu panas.. Harga 2 biji (saiz besar) 10 Yuen..
Kemudian kami bergerak pula ke Kedai Wajib 3 Kristal Shop. Lagi membosankan dah la...kedai buruk lps tiada org nak cerita pasal Kristal. Sebab dah ada dlm iteanery kami follow je.....
Kononnya...Sesiapa yg peluk bola kristal warna merah akan murah rezeki, panjang umur....
Hah karut semuanya....layan je lahhhhh.
Pintu masuk 40 Yuen. Tempat main ski.
Yg tak ramai tu....tempat ski pro je... Yg rendah dan ramai org tu....amatur punya tempat. Yg duduk dan berdiri tu jurulatih part time tp Profesional
View di luar Ski Resort....Sejuk........
View lagi....layan je lah...Yg bawah tu.....First Time jumpa salji...
View yg paling I suka....Mcm kat Europe pulak...
Mrk saja reka rumah Inggeris di luar Ski Resort..
Sps habiskan masa 2 jam dan kesejukkan yg melampau, kami bergerak ke restoren tempatan utk makan tengahari dan juga solat. Restoren ini kerajaan punya so byk kedai souvenir di dlmnya. Bilik sembahyang bersih dan ada org tua yg sentiasa mengemop spy lantai tak basah. So paham-paham je lah sedekah...
Pintu masuk restoren kerajaan. Menu makan ok ..tp ikan yg disediakan ialah ikan air tawar..
Boleh cuba.. sedap coz perut lapar sangat.....
Jam 2.45 ptg bergerak ke Great Wall...Semua orang nak pergi sini. Kalau pergi China tp tak pergi Great Wall..Maka tak pergi China la tu...
SIKIT INFO TEMBOK BESAR CINA
Tembok Raksasa Cina atau Tembok Besar Cina, juga terkenal dengan nama Tembok Sepanjang 10.000 Li di China. Ia merupakan bangunan terpanjang yang pernah dibuat manusia terdahulu. Tembok Raksasa Cina dianggap sebagai salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia. Berdasarkan bukti tertulis, pada dasarnya Tembok Raksasa Cina dibina pada Dinasti Qin, Dinasti Han dan Dinasti Ming. Namun, sebagian besar rupa tembok ini di bina pada Dinasti Ming.
Pra-QinSebelum zaman Dinasti Qin, pembinaan tembok raksasa paling awal dilakukan pada Zaman Musim Luruh (722 SM-481 SM) dan pada zaman Negara Perang (453 SM- 221 SM) untuk perlindungan suku-suku dr serangan musuh utara Cina. Negeri-negeri yang terlibat dalam pembinaan pertama ialah negeri Chu, Qi, Yan, Wei dan Zhao. Dalam zaman-zaman seterusnya, tembok raksasa bertambah panjang, diperbaiki dan diuabahsuai.
Dinasti Qin
Pada tahun 220 SM di bawah perintah Maharaja Qin Shi Huang dan Jenderal Meng Tian mengumpulkan tenaga kerja sebanyak 300 ribu orang untuk menyambungkan tembok-tembok sebelumnya sebagai garis pertahanan. Pembinaannya mengambil masa 9 tahun dan melibatkan kos yg tingg serta mengorbankan banyak rakyat sehingga mencapai jumlah jutaan nyawa sehingga negera menjadi lemah. Ini menimbulkan kemarahan rakyat dan akhirnya memberontak menggulingkan Dinasti Qin. Kebencian rakyat pada kerja paksa tersebut memicu kemarahan petani yang berontak menggulingkan Dinasti Qin. Setelah itu, pembangunan tembok raksasa tidak dilanjutkan
Dinasti Han
Tahun 127 SM, Maharaja Han Wudi berkuasa (140 SM-87 SM), Tembok raksasa di ubahsuaikan dan dibangunkan selama 20 tahun dan panjangnya mencecah 100 km. Pada zaman pertama Han, tembok raksasa berfungsi sebagai pelindung kawasan barat dari Bangsa Hun yang mengancam rakyat Cina. Setelah pengaruh Hun melemah, pembangunan tembok tidak dilanjutkan. Mulai tahun 39 M, atas perintah Maharaja Guang Wudi, jenderal Ma Cheng projek pembangunan tembok besar dimulakan semujla. Pada saat itu, bangsa Hun terpecah menjadi 2 bahagian, utara dan selatan. Bangsa Hun utara berhasil ditundukkan oleh Han sementara bagian selatan berdamai. Setelah itu, pembangunan tembok raksasa ditinggalkan karena Cina sudah mempunyai kekuatan tentera yang besar.
Dinasti Ming
Pada masa Dinasti Ming (1368-1644), setelah menaklukkan bangsa Mongol, tembok raksasa dari zaman sebelumnya dibina semula, dengan catatan panjang 5.650 km.Pada masa ini, tembok besar Cina dibagi ke dalam 9 daerah tentera yang dilengkapi benteng-benteng pertahanan dan pintu gerbang. Di atasnya dibuat jalan yg lebar utk pengangkutan. Pintu gerbang paling timur dinamakan Shanhaiguan dan pintu gerbang paling barat dinamakan Jiayuguan.
View di Tembok Besar China. Sejuk dan Berangin pd masa nie......
View lagi.......Agaknya itu senjata mereka......Ada kedai souvenir di sini. Tp mahal..
So jangan beli di sini.
Jam. 4.30 ptg kami bergerak balik ke Hotel di Beijing (60km). Kami singgah di kedai wajib 4 Boafaling Shop. Ala kedai jual ubat kena benda panas yg popular tu...Juruhebah siap demo ubat tu, ubat ni dan sebagainya...layan je laaa.... Jam .6.30 ptg singgah makan di restoren tempatan. Sampai hotel jam 8.00 mlm.....TG ingatkan peserta besok jam 8.00 pg berkumpul di Lobby utk tour ke Summer Palace. Zzz Zzzz........
Eiii...jelesnya !!!
ReplyDelete