Wednesday 9 January 2013

BEIJING MUSIM SEJUK PART 1

Salam .....
Tanggal 24 - 30 Dis 2012 dpt peluang ke Beijing dgn POTO Travel. Pergi seramai 24 org termasuk 3 baby (bawah 3 tahun). 24 Dis Berkumpul di kaunter H utk check in jam 7.30 pg. Pelepasan antarabangsa dalam group mesti 3 jam awal. Fight berlepas jam 10.50 pg (Cathay Pacific Airways). Jam 2.50 tiba di Hong Kong (Transit). Kena jalan cepat dan cari signboard 'TRANSFER' ke gate 24 utk berlepas ke Beijing (Dragonair) jam 4.45 ptg. Sesiapa yg nak sembahyang cari Gate 42 krn ada bilik sembahyang disediakan (Campur lelaki dan perempuan). Siap ada paip utk ambil wuduk (air sejuk saja). 

 
Hong Kong Airport

Tiba di Beijing Airport jam 8.05 mlm. Tour Guide (TG) (Ms Helen) sudah menunggu. TG ini bisa bertutur dlm bahasa Indonesia. So tiada masalah di kalangan peserta. Keluar je dr Airport.....semuanya peserta mencari baju sejuk coz mlm tu suhu cecah -7 Celcius. Sampai hotel (Ming Du) jam 10.30 mlm. Sps check in semua masuk tidur. TG ingatkan peserta jam 8.00 pg esok berkumpul di Lobby.
Sedikit info Hotel Ming Du dr org lain
 'We had a family vacation to Beijing on the 15th Dec 2012 until 21st Dec 2012. went under one of malaysian renowned travelling agent POTOTRAVEL. overall the trip was a blast. seeing the magnificent sight in beijing..The Great Wall, Forbidden City, Summer Palace, Panda Zoo..even went skiing..the only downfall to it was the hotel. stayed at Mingdu Hotel, Beijing...non of the staff speaks english..sign language preferred..room was ok..but the clealiness was not up to standard for a 4 star hotel..cup or glasses was not cleaned..someday they would do the beds..someday NOT..heater was not functioning..during winter season you need heater when the temperature was - 7 outside..so my advice, stay away from this hotel...'
 Tambahan dr saya: No free wifi....1  hour 10 yuen and di lobby saja pakai  cablelah tu......

 Hari Kedua (25 Dis 2012)
 Jam 8.00 pg berkumpul di Lobby slp breakfast di Hotel. Halal ke... itu yg bermain di kepala. Senang cakap ambil roti, jem, air kopi dan lain-lain makanan yg dirasakan halal.....Elakkan ambil ayam, daging dsgnya. Kemudian bergerak ke Tian’anmen Square dan Forbidden City. Wah.....cantik pemandangan tp sejuk melampau sangat. Dah la menapak jauh cuaca pula -3 celcius tambah derita lagi berangin.  Huh Huh sejuk.....Grrr Grrr

 View on the way to Tian’anmen Square n Forbidden City

 View Monument to the People's Heroes di Tian’anmen Square

'Lapangan Tiananmen merupakan lapangan di tengah kota  Beijing. Tiananmen beerti Pintu Surga yang Damai. Lapangan ini merupakan lapangan  terbesar di dunia saat ini. Lapangan ini terletak di luar pintu selatan Istana Kuno Dinasti Ming dan Qing, mendapat nama dr pintu selatan istana bernama Tianan Menwai. Di sebelah utara lapangan ini ada tiang bendera di mana setiap harinya diadakan upacara penaikan dan penurunan bendera oleh tentera. Di lapangan ini tidak boleh ada papan dan poster, bus dan kenderaan yang melintasi jalan di depan lapangan juga tidak diperbolehkan memiliki nama di badan bus. Lapangan ini terletak pada koordinat 116°23′17″BT dan 39°54′27″LU. Dengan panjang 800 meter dari utara ke selatan serta lebar 500 meter dari barat ke timur, lapangan ini memiliki luas 440.000 m2. Di sebelah selatan lapangan ini, ada dibangun sebuah bangunan yang merupakan Mausoleum Ketua Mao. Di dalam bangunan ini, jenazah Ketua Mao Zedong yang diawetkan di dalam kotak kaca. '

Pintu masuk Forbidden City
'Bangunan pintu ini terletak di sebelah utara Lapangan Tian'anmen, di tengah-tengah pintu ini ada tergantung foto besar Ketua Moa Zedong. 
Beberapa peristiwa penting bersejarah yang terjadi di lapangan ini di antaranya: 
Gerakan 4 Mei 1919, Proklamasi berdirinya Republik Rakyat Cina, Gerakan 5 April 1976 yang kemudian dikenal sebagai Insiden Tiananmen 1976 dan Demonstrasi Tiananmen 1989 yang kemudian berakhir dengan peristiwa berdarah Insiden Tiananmen 1989'

 Salji di mana-mana saja....sejukkkkkkk

Dlm Forbidden City. Lihat lantai dilitupi salji.

Kota Terlarang terletak  di tengah-tengah kota Beijing, merupakan istana kerajaan pada zaman Disnasti Ming dan Qing. Dikenal sebagai "Museum Istana" , lokasi ini memiliki luas sekitar 720,000 meter persegi, 800 bangunan dan lebih dari 8.000 ruangan.  Lokasi istana kerajaan berada di utara dari Lapangan Tian'anmen dan boleh masuk malalaui pintu  Gerbang Tiananmen. Lokasi tersebut dikelilingi oleh suatu kawasan yang luas yang disebut Kota Kerajaan. Walaupun tidak lagi ditempati oleh kalangan bangsawan, Kota Terlarang tetap merupakan simbol dari kekuasaan pemerintahan kuno China.

Kira-kira 1 jam, kitaorang dah keluar dr  Forbidden City krn ramai anak kecil dah menangis kesejukkan. Setelah bin cang dgn TG kami decide ke Wang Fujing Street utk membeli belah (Nak cari baju sejuk yg lebih tebal). Tp harganya agak mahal dan tak boleh nak bargain gila-gila. Tempat nie mcm utk org kaya Cina je......
Lagi gambar nak tunjukkan betapa sejuknya....Grr Grrr....

View Wang Fujing Street

Jam 12.30 kami bergerak makan ke restoren tempatan. Mcm biasalah menu wajib ialah telur dadar. Jangan was-was di sini semuanya halal. Kami mkn agak selera dgn 7 jenis lauk kebanyakkannya sayuran... bolehlah..

Restoren Halal Bangsa Eigur di Beijing.

Kemudian kami bergerak ke Masjid tempatan utk solat. Di sini ada air panas dan ada org jaga kasut.So  paham-paham jelah sedikit sedekah...mrk tak minta pun. Di luar masjid pula ada org cina bangsa mcm Turki jual roti dan kacang..Mrk datang jauh (1500 km) dr kota Beijing utk cari rezeki.....

View masjid tempatan kira-kira lima minit dgn bas dr restoren mkn.

Kemudian bergerak ke kedai wajib (kerajaan) yang pertama iaitu kedai sutera...Biasalah kedai ini mahal dan harganya agak tetap. No bargain, sebab komisyen nak bagi pd TG. Kita layan je.......

Kedai Silk (Wajib) ....Boleh main dengan kepompong sutera..Ringan rupanya......

Jam 4.30 ptg kami bergerak pula ke tempat persembahan Acrobatic. Menarik dan dicadangkan pergi tengok. Ada tiket... Di luar ada kedai menjual 'long john' khas utk cuaca sejuk melampau...agak murah juga. Lagi satu kena dtg awal takut tempat penuh.....Kalau boleh duduk sebelah atas, lebih jelas....

Gelung besi bulat belakang tu...utk persembahan acrobatik motor. Sampai 5 biji motor. 
Mcm tak caya je diorang boleh buat.

Jam 6.30 ptg (Dah gelap dah) kami bergerak ke restoren tengahari tadi utk makan malam. Jam 8.00 mlm kami dah sampai hotel. TG inggatkan kami besok bergerak lebih awal ke Great Wall...... Zzzzzzzzzzzzzz SEJUK.......Zzzzzzzzzz.












1 comment:

  1. berapa budget ke sini...coz nak plan ke Beijing for family holiday

    ReplyDelete