Tuesday 18 March 2014

Baitulmaqdis - Palestin Part 3

Hari  Ke Lima (9 Dis 2013)

Salam
Tepat jam 4.00 pg TL membuat wake up call. Setelah beberapa org berkumpul, jam 4.30 pg kami bergerak ke Masjid Al Aqsa. Waduhh... sejuk dan ada beberapa lorong yang tiada lampu... gelappp. Berjalanlah kami perlahan lahan. Kami sempat solat sunat masjid than terus sembahyang subuh.

View DoTH pada waktu subuh.


View Salah satu pintu masuk ke Masjid Al Aqsa
  
View Bahagian dlm Al Aqsa. Korang nampak tak besi penyangga yang menyokong struktur bumbung masjid. Ini mungkin dari aktiviti korek bawah tanah oleh yahudi. Sebab tu jika kita ke Masjid Al Aqsa kita sembahyang di tengah sedikit.


View Lepas sembahyang waktu subuh  on the way back to hotel.

View Subhanallah... cantiknya terbit matahari di bumi Palestin



Kami bersarapan di hotel. Jam 7.55 kami diminta berkumpul di lobby untuk urusab 'check out'. Kami akan memulakan tour lagi.. tapi kawasan berdekatan masjid je...

 
View Anak-anak Palestin ke sekolah
 
First kami akan Willing of the Wall (Tiada dlm iteanery). Ia dipenuhi sebab diminta oleh kebanyakkan peserta.


View Yang nii bukan masjid tahu.....

View Style Yahudi mengikut fahaman mereka.



View Agak jauh juga kami berjalan utk sampai ke Willing Wall tu

View Penerangan oleh TG tentang willing wall dan kawasan sekitarnya


View Di celah-celah batu tulah mereka memasukkan kertas doa mereka utk tuhan mereka baca....

Than kami meneruskan perjalanan menyusuri lorong lorong sempit ke perkaragan Masjid Al Aqsa. Willing Wall yahudi memang termasuk kawasan Al Aqsa. Kemudian kami membuat lawatan tempat Buraq diikat, Masjid Al Aqsa, Dome of the rock



View lorong sempit ke Masjid Al Aqsa dari Willing Wall.


View Laluan jalan kaki, kami melihat ramai org bertadarus al quran...

View Tangga ke tempat Buraq diikat ketika Nabi Muhamad SAW turun ke bumi semula selepas mengadap Allah



Than kami terus bergerak ke perkarangan Masjid Al Aqsa.


View Masjid Al Aqsa..tiada kubah emas. Yang ada kubah emas tu DoTR




View Rombongan Cik Kiah.....


View Yang nii Dome of The Rock....







View Wall akhir.. sebelum kami meninggalkan Masjid Al Aqsa


Than kami bergerak pula ke kawasan yahudi untuk ke maqam Rabiiatul Adawiyeh dan Salman Al-Farisi iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhamad SAW yang mencadangkan pembinaan parit dalam perang Khandaq.


View Binaan menempatkan Maqam Rabiatul Adawiyeh

View Maqam Rabiatul Adawiyeh


View Subhanallah dr kawasan yahudi jelas kelihatan Masjid Al Aqsa

View Binaan menempatkan Salman Al Farisi


View Maqam Salman Al Farisi

 Than kami bergerak meninggalkan BaitulMaqdis ke Jericho. Kami akan singgah melawat Makam Nabi Musa sebelum melintasi sempadan Israel. 

 


View Pntu masuk Masjid Nabi Musa. kami sempat solat jamak di sini.
 




View Maqam Nabi Musa AS



Tepat Jam 1.00 ptg kami singgah pula di Jerico utk membeli kurma. Kemudian baru kami bergerak meninggalkan sempadan Israel. Urusan di sempadan senang je berbanding ketika hendak masuk ke Israel.

 
View Kedai nii besar dan macam macam ada. Kebanyakkan org membeli kurma dan barangan kulit di sini.


View Suburnya kawasan nii.. Korang nampak tak cable car....????





Tepat jam 2.30 ptg kami meninggalkan bumi Palestin. Bas kami memang sedia menunggu di sempadan untuk meneruskan lawatan dan makan tengahari di Laut Mati.. Alhamdulillah..... 
Terima Kasih POTO TRAVEL....
Jumpa lagi.........


Monday 17 March 2014

Baitulmaqdis, Palestin - Part 2


Hari Ke Empat (8 Dis 2013)

Kringgg Kringgg .... ahhh 4.00 am, TL membuat 'wake up call'. Tepat jam 4.30 pg bergerak ke Masjid Al Aqsa. Ada beberapa peserta yang tak pergi atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan... Waduhhh cukup sejuk pagi nii....I dah nekad kena pergi juga.. ya laa 1000 kali pahala sapa tak nak....


View Suasana dalam masjid sebelum solat subuh...





View Bersama Imam 1 Sheikh Yusoff selepas solat subuh.. 


Imam Yusoff membawa kami ke madrasahnya. Asalnya kami nak menderma masjid tapi tiada tabung masjid disediakan. Bila rezeki kami berjumpa imam baru kami tahu.. tabung masjid telah dirembat oleh askar yahudi. Jadi, sesiapa nak menderma perlu berjumpa secara langsung dgn pegawai masjid.Selepas bersama Imam Yusoff kami balik semula ke Hotel utk bersarapan. Kami akan berkumpul di lobby tepat jam 8.20 pg. Hari ini kami akan ke Hebron.. salah satu kawasan org muslim Palestin yang ditindas di Juruselam. Sebelum ke Hebron kami singgah dulu di Makam Nabi Daud (Tiada dlm iteanery) dan last supper room nabi Isa. Kedua dua tempat sejarah ini berada dalam kawasan Yahudi. Nabi Daud kepercayaan Muslim, org kristian yahudi memberi nama King David.


View Nampak tak kesan tembakan di wall tuu..

 
View Gereja King David... asalnya masjid nabi Daud.
 




View Patung King David
  


 
View Bilik 'last supper'...Nabi Isa
 

View Kaliagrafi Islam nii selamat. Kalau tak habis dibuang oleh penganut Kristian yahudi
 
View Laluan khas lelaki ke Makam Nabi Daud.

 



View Rahib Kristian Yahudi di Makam Nabi Daud
 

View Perkarangan luar di Makam Nabi Daud






Kemudian kami bergerak ke Hebron. Kami dapat melihat pelbagai 'Wall' yang dibina oleh puak Yahudi di kawasan Islam Palestin.

View Tingginya lebih 12 kaki, lebar 6 kaki dan panjang sesuka hati Yahudi.
 
View Ada yang berduri..

View Di sebalik tembok terdapat perkampungan yahudi...

View Penempatan Haram Yahudi
  


 

Sebaik sahaja sampai di Hebron kami singgah di kedai souvenir (tiada dlm iteanery) . 
 
 

Kemudian bergerak ke Masjid Ibrahim yang terletak dalam daerah Hebron. Dalam masjid Ibrahim ada  Makam Nabi Ibrahim dan isterinya, Makam Nabi Ilyasak dan isterinya. Kemudian kami solat jamak. 

View Lalaun ke Masjid. Di depannya ada Post Guard Tentera Yahudi. Skrg hanya tinggal 20% kawasan masjid untuk org Islam. Yg lainnya kepunyaan Yahudi

View Maqam Nabi Illyasak

View Maqam isteri Nabi Illyasak

View Nabi Ibrahim A.S

View Saidina Sarah isteri Nabi Ibrahim A.S


View Bahagian bumbung dalam masjid

View Mimbar masjid Nabi Ibrahim



View Biasalah sebagai bukti dah sampai sana

 Kemudian kami melawat Makam Nabi Yunus. Kemudian singgah di kedai cenderamata. 



Kemudian kami singgah makan tgh di restoren tempatan utk makan nasi Palestin. Berbeza dgn nasi arab biasa kita makan. Memang sedap
Akhirnya kami sampai hotel jam 4.10 ptg. TL memberitahu sesiapa yg hendak ke masjid berkumpul di lobby jam 5.00 ptg. 5.00 ptg bergerak ke Masjid Al  Aqsa. Selepas Isyak kami balik semula ke hotel untuk makan mlm jam 7.00. TL inggatkan peserta, jam 8.30 pg keesokkannya bergerak ke Masjid Al Aqsa Tour.. TL juga inggatkan peserta iaitu wake up call jam 4.00 pg. Berkumpul di lobby jam 4.30 pg dan bergerak solat subuh di Masjid Al Aqsa.



 Jumpa lagi Part 3 Palestin........