Thursday 28 November 2013

Sydney n Melbourne - Australia Part 1

Salam
Dah lama tak up date entry niii.. Cerita gi Medan pun tak habis nak cerita...Busy........ Sangat sangattttttttt. Apapun I nak cerita tentang gi Australia... Sydney n Melbourne dgn POTO Travel... Pakage nii 6 hari 4 mlm, naik Garuda Airlines.

Hari Pertama - 19 Okt 2013
Flight kami 12.50 tgh, kami diarahkan berkumpul di KLIA Kaunter A jam 9.50 pg. Tour Leader (TL) bersama (airport officer) menguruskan ’cheak in’ peserta rombongan (15 org). Di sini kami difahamkan Tidak dapat boarding pass dr Jakarta ke Sydney. Jam  11.30 pg baru kami dpt taklimat daripada Airport Officer bersama TL tentang perkara sembahyang, perubahan suhu, makanan dan juga doa berlepas. Yang penting taklimat urusan airport di Jakarta TL akan menguruskanya.  Jam 11.45 pg kami bergerak masuk ke pintu antarabangsa di pintu C 12 untuk berlepas pada jam 12.50 tgh dari KLIA ke Jakarta. Jumlah semua peserta 16 org dewasa termasuk TL. Tepat jam 12.50 tgh berlepas dari KLIA ke Jakarta. Penerbangan hanya mengambil masa 1 jam 45 minit sahaja

Kami tiba di Jakarta Airport tepat jam 1.55 ptg. TL membawa kami ke tandas yang berdekatan, than beliau terus ke kaunter Transfer. Kami lihat telah ada pegawai garuda yang menunggu. Oh nooo di sini baru berlaku urusan check in ke Sydney. Kami menghabiskan masa selama lebih satu jam utk urusan check in kerana baru nak taip nama setiap org. Kemudian kami di bawa oleh pegawai Garuda utk mengambil bagasi dan membuat urusan ’drop bag’. Kami terpaksa beratur bersama orang ramai dan tidak diberikan ’priority’ walaupun telah dijanjikan semasa di KLIA. Akhirnya jam 3.40 ptg barulah urusan check in dan drop bag selesai. Kami berjumpa dengan Tour Guide (Pak Ali) dan terus bergerak ke Restoren Selero Jumbo utk urusan solat. Malangnya suraunya tengah ’renovate’. Kami bergerak ke Sarinah Mall dan di situ ada ruang solat ditingkat 2. Tour Guide memberikan masa sehingga jam 6.30 ptg di Sarinah Mall. Kemudian bergerak semula ke Restoren Selero Jumbo utk mkn mlm.  Kemudian kami tour dengan bas je. Memandangakan masa masih banyak maka kami dibawa ke Hard Rock  Jakarta.. terubat sikit...



View Baru landing dr KLIA. Bandar Udara Internasional Soekarno–Hatta bahasa Indonesia
    

View demi mencari sesuap nasi.....











View Pemandangan biasa... di bandar besar di Indonesia



 Jam 8.00 mlm bergerak pula ke Hard Rock Cafe Jakarta. Ini tambahan atas permintaan peserta. Tepat Jam 9.20 mlm bergerak ke Airport Jakarta. Jam 10.40 mlm selesai urusan immigresan. TL dah ingatkan peserta, solat subuh dalam kapal terbang. Kapal terbang delay 1 jam. Tepat jam 12.45 pg kami berlepas ke Sydney zzzzzzzz habis dah satu hari.....



Hari Ke-Dua - 20 Okt 2013 


Selamat tiba di Sydney International Airport tepat jam 11.00 pg lewat 30 minit dr iteanery yg dikeluarkan oleh agen Holiday Pacific .  Urusan immigresen dan bag selesai jam 11.30 pg. Di luar pintu airport Sydney sudah menunggu Airport Officer dr Holiday Pacific (Partner POTO TRAVEL). Kami diperkenalkan kpd Captain Coch (CC) Mr Sam yg boleh berbahasa Indonesia. TL berbincang dengan CC, kami terus bertolak ke Restoren Delima utk makan tengahari. Ini adalah kerana kami perlu berkejar masa utk menaiki Cruise yang akan berlepas jam 2.00 ptg. Setelah berbincang dgn peserta kami tidak pergi ke Bondi Beach, kesuntukkan masa Ada di kalangan kami yang tidak puas hati ....


View Mini bas yg kami gunakan.. sebab 15 org je....


View. Restoren delima tu tak jauh dr Paddy Market..
  

 View.. Menikmati lunch.. menarik dan sedap

 
 View laluan ke Restoren Delima

Jam 12.15 tgh sampai di restoren Delima di Sydney utk makan tengahari. Jam 1.00 ptg kami bergerak ke Jetty Circular Quay. Kami sempat berhenti di bawah Harbour Bridge utk sessi bergambar. 


View.. Tu dia..Habour Bridge.


View adalah pengantin buat photo shoot pulak....
    

View sapalah mamat tuuuu
 

View Bot persiaran ......
 

View ..Pintu masuk Luna Park di seberang selat dr Habour Bridge




View .... Dah nampak Opera House.....
     


View .... rombongan Cik Kiah..
  


View dah sampai The Rock


Kami hanya lalu tanpa bergambar di The Rock,  The China Town dan King Cross. TL berbincang dengan Mr Sam utk membawa peserta ke Paddy Market selepas Cruise. Tepat jam 2.10 ptg kami menyusuri teluk Harbour dgn Captain Cook Cruise. Kami turun di Darling Harbour. 
 
View.. Org asli buat persembahan di laluan jalan kaki kat Jetty Circular Quay

  


View.. Kapal besar berlabuh dari Eropah
  




View.. Tu dia..Mamat nii lagi....
 




View.. Pemandangan dari atas kapal.



View.. Kapal layar milik persendirian





View..Cafe dalam kapal Cruise yang kami naik. Semua org dapat minum minuman ringan free..



View.. Hadapan Opera House



View.. Dua dalam Satu...



View.. Nii kapal cruise kami naik. Berlabuh di Darling Habour




View.. Banyak kapal yang boleh disewa khas untuk aktiviti sendiri..



View.. Laluan kat Darling Habour



Kami diberikan masa untuk bergambar di Darling Habour. Seterusnya kami bergerak ke Paddy Market. TL memberikan masa 1 jam 30 minit utk peserta shopping. 


View.. Pintu masuk ke Paddy Market
  


View.. Antara barangan yang dijual dalam Paddy Market


 






 Tepat jam 5.20 ptg kami bergerak ke Delima restoren utk mkn mlm. Masalah 4: Tiada maklumat dan tempat untuk solat. Ada peserta merunggut tempat sembahyang tiada disediakan. TL dan Mr Sam berbincang dengan pihak restoren agar memberikan ruang kosong utk solat. Kami solat diruang kosong. Jam 6.40 ptg kami bergerak ke Travelogde Hotel utk urusan Check in.


Jam 7.30 mlm semua peserta bergerak ke bilik masing masing di hotel. Sebelum itu peserta diberikan taklimat tentang ’wake up call’ jam 5.30 pg dan sarapan jam 7.00 pg, dan ’check out’ hotel jam 9.00 pg utk lawatan ke Blue Mountain. I dgn 2 org rakan berjanji akan merayau ke Darling Habour pada sebelah malam...





View.. Muka boring.. Hard Rock T-shirt tiada yang sesuai


View..Eye Sydney Tower.....