Friday 18 October 2013

Medan, Indonesia Part 2

MEDAN Hari Ke Dua (16 Nov 2013)

Hari kami akan ke Samosir Island. Buka je tingkap.. WOW .. cantiknya pemandangan menghadap ke danau toba ni pada waktu pagi...

 View ... Apa korang nak kata ....


Kami akan naik feri, seperti biasa CK dah tak sabar sabar lagi...Kami naik feri dgn sekumpulan  pelancong dari Jakarta. Kebetulan cuti panjang Awal Muharram, tu yang ramai local tourist jugak. Bagus jugak, riuh rendah puak puak ni... Oleh kerana mereka ramai, maka feri datang betul betul ditepi hotel untuk ambik kami.


 View.. Kiut tak budak niii

View Nii lah dia bot yg kita org naik... Cantikkan kerusinya....

Perjalanan dgn feri dari hotel ke Samosir Island ni ambil masa hampir 40 minit.  Pemandangan di sepanjang perjalanan cantik. Dalam hati tak habis habis memuji kekuasaan Allah... bagaimana samosir island ni wujud / timbul hasil dari letusan gunung berapi. Subhanallah... Korang layan jelah gambar yang sempat disnapkan



View Salah bot yang membawa pelancong ke Samosir Island





Kami menuju ke Kg Tomok dahulu. Apa ada sini ???... Kami di bawa melawat perkuburan King Sidabutar... Jauh jugak berjalan dari jeti ke kawasan perkuburan ni.

View ... Jeti Kg Tomok...

View..Subhanallah.. Dalam ada pulau sumetera, Dalam Pulau Sumatera ada Tasik Toba. Dalam Tasik Toba ada Samosir Island, Dalam Samosir Island ada tasik lagi

Bawah nii .. korang layan jelahh gambar yang ada.. Perkuburan... Ada datuk yg atasnya ada cucunya. Bapanya.. bawah kepada ada anaknya.. entahlah....







View.. Simbol org Batak.. 1) cicak kerana binatang nii boleh hidup di mana mana. 2) 4 bjik B_ _ h D_ _ a  menandakan kesuburan wanita. Prianya jika mahu kahwin .. yg nii akan tengok dulu.. lagi besar, lagi subur...


View  Pekan kecil Kg Tomok


Best jugak shopping kat Kg Tomok tu, segala macam souvenir ada. Tapi jenuh tawar menawar harga lah...tapi overall, peniaga kat sini tak lah mendesak kita membelinya. So, rasa selesa lah cuma mereka merayu kita singgah beli "Buat pecah telurnya pak" Itu lah dialog diorng ni nak pujuk kita.





Habis di Kg Tomok, kami naik feri semula untuk ke Ambarita, satu lagi perkampungan orang toba di samosir island ni. Di sini, kami dibawa ke stonechair, tempat persidangan dan tempat memancung kepala pesalah. Dari jeti, kami berjalan sambil di sekeliling jalan penuh deretan kedai. Cuma keadaan agak kurang meriah....penjual pun nak tak nak jer panggil pelanggan. Tapi harga barang yang sama dijual adalah jauh lebih murah dari di kg tomok. Penjual letak harga pun dah murah, apalagi selepas ditawar...berbaloi beli di sini tapi pilihan agak terhad lah. 













Cuaca agak panas terik kat sini, tapi seronok pulak dengar penerangan pasal orang batak yang pancung kepala, dan kemudian, badan pesalah tu dipotong potong dan diagihkan kepada orng kg untuk dimasak dan dimakan...












Jam 12 tengahari, kami kembali ke jeti untuk balik ke Perapat, iaitu di tepi hotel kami.

 Sampai di jeti, kami ambik beg di lobby dan  terus ke kedai makan untuk lunch. Menu ??? Tentulah nasik padang !!!  Ok sambung next entry....

Thursday 3 October 2013

Medan, Indonesia Part 1

MEDAN Hari Pertama (15 Nov. 2011)

Salam Kekawan..
Dah lama dah nak story trip nii. Tp keadaan tidak mengizinkan. Trip ke Medan nii memang  dah rancang lama..kalau tak silap I bulan Mac lagi I dah beli flght AA nii yg berharga RM 303 pergi balik . Masa tu semua ok. Tapi bulan 11 oktober, bapak I sakit kuat (Buah pinggang failure, heart attact, diabetes dll). Sampai hari nak pergi I dok ulang alik hospital. Satu hari nak pergi I tanya bapa I... bapa I suruh pergi juga memandangkan I dah bayar segalanya termasuk Ground Travel dgn syarikat POTO Travel. So I and famili kuatkan semangat redah je...... I balik dari medan 18 Nov 2011. Akhirnya bapa I meninggal dunia pada 25 Nov 2011.. Al-fatihah..


Entahlah perasaan berbelah bagi dari hari pertama lagi. Tak berapa enjoy... Kini I dah ok.. baru nak cerita......

Jam 3.30 pagi sebelum subuh hari pertama, kami dah bangun. Tiba di LCCT jam 4.45 pagi. Jam 5.15 pagi sebaik selesai urusan bag, kami breakfast kat MaryBrown dan solat subuh. Jam 6.40 dah ada di tempat menunggu. 

View CK layan tab...
 

 View...ke Medan ya ibu..


Nasib baik anak I, CK ok jer  nampaknya walaupun mungkin mengantuk sebab dah bangun awal. Flight AA kami jam 7.40 pagi dan dijangka landing di Polonia Airport, Medan jam 8.00 pagi.


View Dah sampai Medan Airport

Selesai urusan immigresen, Pak supir (Pak Amir) dah menunggu. Orangnya dah berumur awal 50-an, tapi masih lagi gigih bekerja. Kami dibawa ke Istana Maimoon. Kami ingat kami je ada.. rupanya ada juga rombongan yang sampai awal mcm kami. Kami pun join kumpulan tu... 
 

View Jalan masuk ke Istana Maimon
Info Istana Maimon 
Istana ni merupakan istana lama sultan yang dijaga dgn baik oleh waris waris beliau. Waris beliau nii yg akan bercerita mengenai sejarah istana nii. Kat sini ada disediakan baju songket untuk dipakai dan bergambar dgn bayaran 20,000 rph (~rm6.40). Kami hanya pakaikan untuk CK jer. Seronok pulak dia sebab siap dengan aksesori rantai dan crown. Korang layan jelah gambar-gambar nii

View Gambar salah sultan yang pernah duduk di Istana Maimon


 


View Balai longsri gamaknya... entahlah




 
View Anjung Istana Maimon

 View.. Cantik tak my little princess niii???

View Nama putri nii ialah Raden SriKasih Qistina Gustosari .......

Sebelum kami keluar, tetiba, pakcik tua yang memberi penerangan tadi minta sumbangan ikhlas katanya utk istana tu. Dalam poket I ada 10,000 rph, I pun hulurlah dgn ikhlas. Pakcik tu boleh kata "3 ringget ???" Aduhaiiii pakcik nih, kata sumbangan ikhlas. Pastu, pakcik tu membebel bebel marah. Kami hanya senyum ajer lah dan terus berjalan ke kereta.

 View.. Nii pakcik yg marah kami tu..

Selepas Istana Maimoon, supir bawa kami ke kedai batik dan fabrik. Nampaknya dia nak makan komisyen.. kami layan je.. My wife beli 2 pasang kain yang ada sulaman dan manik dan I beli sehelai kain pelekat utk menjaga hati supir tu. Pekedai tu kata, harga dia dah murah ni, kat Pasar Ikan pun tak dapat. I memang tak percaya dengan apa yang dikata.
 
Then, kami singgah makan merangkap breakfast and lunch di restoran famili masakan padang, terletak bersebelahan Hotel Ibundo. Sedap masakan di sini atau sebab memang kami kelaparan, entahlah.


View Persekitaran bandar Medan


Selepas tu, perjalanan menuju ke Parapat iaitu Danau Toba mengambil masa hampir 4 jam kata supir.I layan pak supir sambil melelapkan mata...zz  zzz

Semasa sampai di pekan Siantar, kami singgah di kedai menjual makanan jajan dengan pelbagai nama Teng Teng, Tung Tung, Pong Pong, Pang Pang dan macam macam lagi nama jenis makanannya. Kedai ni terletak di pekan Siantar, on the way kami nak ke Parapat.



Akhirnya kami sampai di Parapat, kami stay di Hotel Siantar. Hotel ni terletak dipinggir Danau Toba... memang cantik pemandangannya. CK siap buka tingkap luas luas dan jerit jerit panggil orang kat dalam bot. 

View Minuman keras yang terdapat dalam bilik.. Berbulu je I tengok. Nak Buat camne majoriti Kaum Batak yang ada di sini penganut Kristian.











Selepas rehat dan membersihkan diri, kami pergi dinner di pekan Parapat. Sudah tentu masakan padang lagi...nak buat macam mana, itu jer yang tentu halal.


View Pemandangan malam dari hotel


Habis aktiviti hari pertama, hati tak berapa seronok memikirkan bapa I yang sedang sakit.. Kita sambung next entry ya....