Thursday 22 August 2013

Japan - Kyoto Part 2

Salam sambung cerita ...... Masih lagi di hari ke 5 di Japan nih.

Selepas kami solat, minum hot drinks dan mandikan CK, terus turun ke lobby hotel sebab my ex-student dah menunggu kami di situ.
Kami hanya pergi ke Shijo-dori (Shijo street) untuk cari kedai souvenirs dan juga local restaurant. 

 View Pemandangan ke Shijo-dori


 View Pintu masuk ke Shijo-dori


 View Bahagian dalamnya....

 View Kedai sournir pilihan kami. Highly recomended

Selepas my wife dapat beli t-shirt dan FM yang agak murahlah di kedai dalam arked ni, misi seterusnya ialah mencari kedai makan yang sesuai dgn tekak kami. Maklumlah..I tak suka sushi, so kena cari yang sesuailah... So, Asyraff, cadangkan kami makan di Rusto restaurant. Resto ni ada western dan local dishes jugak. Bukanlah resto halal tapi menurut Asyraff, org jepun bila masak, mereka asingkan seafood dan bukan seafood. Jadi pelajar M'sia memang makan kat resto ni tapi pilih 'seafood base'. Bila tengok menu.. memang tak tahu nak order apa. All in japanese. Nasib baik Asyraff teror cakap jepun, maka dia lah yg tolong orderkan.  Maka kami order seafood spagetti dan pizza (laaa...order ni je kat Jepun,kahkahkah...) dan Asyraff order set nasi dgn ikan.

View CK mcm faham apa yang ditulis dalam menu tuuu

View set Nasi...

View Spagethi seafood


View Nyam Nyam....sedap Baba....Baba nak?..

Kira oklah food dia, sedap jugak sebab dah beberapa hari asyik makan lauk Brahim's jer kannn. Selesai makan kami ambik bas semula ke Kyoto station. Semasa perjalanan ke bus stop tu, tetiba salji turun dgn lebatnya. Bertempiaran org lari....kami jer tak lari sebab sibuk keluarkan kamera dan viewcam nak ambik gambar !!!

View Dah mula terasa salji nak turun...

 View... Tu dia... Salji dah turun... 



 View .. Family I... Bila lagi dapat moment tu....

 View "Baba ais.. nak makan boleh???'




 Sampai di Kyoto station, salji pun dah berhenti turun. So, berpisah dgn Asyraf di sini. Dia nak ambik bas ekspress ke Kobe pada jam 8 mlm, dan kami pulak akan menapak balik ke hotel.





Semasa menapak dari Kyoto station ke hotel, sekali lagi salji turun. Kali ni lebih lebat lagi dari tadi...








Sampai ke bilik hotel....rasa puas hati sangat dapat tengok dan rasa salji turun. So, terubat rasa kecewa tak dapat naik sagano-romantic train pada tengahari tadi...

Oklah... Nanti sambung next entry......



Wednesday 21 August 2013

Japan - Kyota Part 1

Salam....Hari Ke Lima (8 Februari 2013) di KYOTO

Hari ni dan esok, kami akan jelajah Kyoto pulak. Kyoto ni..adalah bandar orng tua, itu kata my ex student (Asraf) yg belajar di Kobe. Hari ni ex student janji untuk datang ke Kyoto dan jumpa kami selepas solat Jumaat. Jadi untuk hari ke 5 ni, kami hadkan jalan-jalan supaya sempat jumpa my ex student tu.
View Hotel di Kyoto..Highly recomended...bersih, murah, besar dan dekat dgn station train

 View Depan hotel

 View..Kosong....On the way to Fushimi Inari 

 View CK ceria....puas tidur gamaknya

View Pintu gerbang ke Fushimi Inari Shrine

Fushimi Inari Shrine
Senang jer ke sini. Ambik JR train dari Kyoto station dan turun di JR Inari station (5 minit jer, 140 yen seorg.) Kami tak masuk ke dlm shrine ni, hanya berlegar di luar sambil  snap  gambar. Masa  di sini, ada debu debu kasar berguguran. Wahhhhh salji turun lagi. Paling excited CK n my wife. Moga ada rezeki utk depa tengok salji turun lagi di Kyoto ni.. I tak heran coz selalu dah dapat salji. Laluan ni sebenarnya menaiki bukit sampailah bertemu Torii Gate yg berwarna oren... Korang layan jelah gambar-gambar niii


 View. Ramai budak sekolah melawat tempat nii.. Tak sekolah kot..

 View Pintu masuk Fushimi Inari Shrine

 


 View Holy water..



 View Peniaga Souevenir...baru nak buka gerai..

 View laluan ke Torii Gate


 
View Tangga ke Torii Gate 


 
 
 View dr atas tangga..

 View nii dia Torii Gate

 

 View Bukti kami dah sampai...


  View Supermodel CK...Ok tak...

 View. Tulisan di belakang tiang Torii nii ialah nama sponsor...syarikat atau perseorangan

Plan seterusnya kami nak ke Umahori, harap harap boleh dapat naik Sagano-romantic train. Tapi tak pasti sebab masa ni masih lagi winter...dan romantic train ni ditutup semasa winter sebab trainnya jenis terbuka cam tu. Tak per, kami pergi jugak sebab boleh gak nampak laluan sagano-romantic train ni di tebing bukit (kalau nampak lah!!)
So, kami naik pulak JR train ke arah Arashiyama dan turun di Umahori (400 yen seorg).



View Manager Itinerary menanyakan laluan yg betul....


Turun jer di Umahori station, kami bertiga macam.... waaaaaaaa.......
 View..Membetulkan CK...sejuk...

View.. Titisan salji mencurah


 

View CK kutip salji... Ha Ha

Salji turun agak lebat dan kami kelam kabut membetulkan hud CK agar dia tak sejuk. Sambil tu,  angin kuat bertiup...maka cuaca tersangatlah sejuk waktu tu. Then, bila tanya train officer kat situ, memang sagano romantic train tutup during winter. Tak per lah, lain kali nak repeat kyoto during autumn pulak hehehe...

 Path of Bammboo (Bamboo groves..)
Then, kami naik train semula untuk ke Saga Arashiyama. Nak ke Bamboo Groves yg femes di situ...
View .....Buluhnya panjang....


Keluar dari station, I tengok tourist info.centre tutup, so kami terus berjalan sambil tanya orang. Akhirnya jumpa..Korang layan jelah gambar dibawah

 View  ... cantikkan...????

 View.. Mama sejuklah....







 View. Bukti kita orang dah sampai kat sini



 Setelah penat di bamboo groove ni, kami berpatah balik ke saga arashiyama stn. Kami tak sempat ke Togetsu-kyo bridge sebab dah janji nak jumpa ex student I tu. Kesianlah...sebab dia datang all the way dari Kobe ke Kyoto nak jumpa kami (naik bas ekspress 2 jam katanya). So, kami makan bekalan lunch dalam keadaan sejuk di station tu....Then ambik train ke Kyoto station semula.

 Bye bye jumpa next entry......