Wednesday 31 July 2013

Japan - Osaka Part 4


Hari Ke Tiga (6 Februari 2013).. Sambungan

Maaf yaa kekawan.. lambat sambung cerita Osaka nii. Terlalu sibuk....bulan Ramadhan Nii. Apapun I tanamkan azam untuk habiskan cerita nii.
Dr Osaka Museum of History dan Osaka Castle, kami bergerak ke destinasi yang ketiga iaitu Sinsekai Area. Ada lebih dari 2 km menapak...tapi oleh kerana cuaca yg redup dan persekitaran yg cantik, maka kami redah je tanpa rasa letih.  Sambil jalan jalan menuju ke Morinomiya Station, kami sempat snap gambar pemandangan. 


View Persimpangan manakah yg harus ku tuju.. 

View.. Kagum sungguh kitaorang melihat taman-taman yg ada kat Jopon nii.. Semuanya bersih belaka...Bila laa taman-taman kat Malaysia ???

View lagi kebersihan taman siap ada air pancut lagi.. Kalau kat Malaysia ...mesti ada org dah mandi longkang nii.

Sebelum sampai kat subway station, kami terserempak dgn sorang pompuan ni yg berhentikan basikalnya dan bagi kucing terbiar makan. Sebab tu tu kucing kat sana gemok mcm Doremon mrk.

View Kucing dpt makan free.....semuanya dilakukan secara volunteer. 

Akhirnya kami sampai kat Morinomiya StationKami dah dah expert dah naik turun subway dan tukar tukar subway ni..maklumlah hari nii hari ke tiga di Japan. Peta Osaka subway and train yg didapati masa MATA fair september tahun lepas, sangat sangat membantu kami. Kami ke Sinsekai area pulak. 

Destinasi  kami ialah Tennoji Zoo. Fees masuk 500 yen/pax, namun kami guna osaka pass, so free aje. Zoo dia tak lah besar mana, tapi sebab CK memang suka binatang binatang, kiranya tempat ni untuk CK enjoylah.


View Pintu masuk ke Tennogi Zoo, Osaka

 View... Tak faham kenderaan apa tu..mungkin utk angkut binatang sakit.... layan jelah...

View.. Tempat CK paling suka.....

Kemudian kami sampai tempat pelbagai burung. Yg menariknya.. bersih, cantik zoo diorang...

View....Layan


Seterusnya kami cari tempat yang sesuai di zoo ni untuk bersolat. Jadi, bergilir lah kami solat sambil melayan CK tengok haiwan ... yg CK paling suka ialah Hyena krn dia dekat dgn tempat kami solat.

View ..Dibangku niilah kami solat..tempat nii sesuai kerana tak ramai orang lalu lalang dan dekat dengan bilik air. 

View.. Baba..Baba .. Tenggok tu.....


View ....Byk binatang tak de...tapi ok gak dimaklumkan.

View CK dgn gaya tersendiri....ada gaya Baba lagi





View Tempat terakhir di Tennoji Zoo

Dari dalam zoo ni juga, kita boleh melihat Tsutenkaku Tower. Tapi kami tak bercadang nak ke tower ni sebab KL pun ada gak tower.. lagi tinggi. So, ambik gambar dari jauh jer lah..







Selepas sejam di zoo, kami keluar dan jalan jalan di Sinsekai Area sambil menuju ke subway Dobutsuen-mae Station. Sebaik memasuki area ni, barulah my wife feel yg dia sekarang berada di Japan.

 View Pintu masuk utama





Disebabkan tanglung tanglung tu..yang menunjukkan suasana Japan. Kami layang hampir satu jam sini.. Korang layan jelah gambar tu...






Bye.. Kita jumpa next entry lagi yaaa.











Tuesday 16 July 2013

Japan - Osaka Part 3

Hari Ke Tiga (6 Februari 2013)

Hari ni, kami plan mesti pergi 4 tempat tumpuan utama pelancong kalau datang ke Osaka. Senang cakap 'trademark' Osaka. Sekurang-kurangnya cover semula modal beli Osaka Pass 2700 yen sorang tu.

 View CK ceria setelah puas tidur....tertarik dgn iklan yg tergantung dlm keretapi. 'Mendonggak ke langgit, aku tunduk ke Bumi'...

1) Osaka Museum of History
Turun di Tanimachi 4 chome station, exit#9, lebih dekat untuk ke sini, tak lah menapak jauh. Masuk ke sini jugak free dgn menggunakan osaka pass kami.

 
 View taman di hadapan bangunan Muzium tuuu. Cantik, Kemas dan Bersih...tak tahu nak cakap apa....

 
 View...INI bukan muzium ye...Ini contoh warehouse org Jepun


'Osaka Museum of History' (fees 600 yen) ni banyak menunjukkan sejarah tentang kegiatan penduduk di Osaka. Lepas tunjukkan pass, kami dibawa naik terus ke tingkat 8 dulu, pastu turun setingkat demi setingkat guna tangga. 


View pakaian org Osaka pd zaman dahulu. Yang nii berada ditingkat 8.




View Pelan perkampungan dahulu Osaka


View...Gambar-gambar mcm nii memang banyak. Semuanya berkaitan sejarah silam penduduk Osaka, Japan

View  Mesin nii aku jumpa kat rumah nenek aku dulu....Teringgat kisah silam. 'Singer.. menawan keluarga bahagia'.

View Contoh makanan ruji penduduk Osaka dulu. Malaysia pun kena buat Muzium mcm niii.. Korang setuju tak...?


View....Penat menapak pura-pura jadi patung....



View..Muzium nii mcm nakkan kita merasai sejarah silam mereka.

View pasar ikan zaman dahulu...macam betul je...


Pintu masuk museum. of history Osaka

Dari muzium ni, kami keluar menapak ke Osaka Castle pulak. Tak lah jauh sangat antara kedua tempat ini. On the way ke Osaka castle, kami terserempak dgn 2 kartun tengah shooting. Kebetulan pulak, setiap pagi kartun tu CK lihat kat tv di bilik hotel...

 View katon tu.....kalau kat Malaysia....mcm cerita Cumi dan Kiki yang popular suatu ketika dahulu

View Tempat laluan pejalan kaki dan park sebelum masuk ke pintu utama.. Korang layanjelahhhhhhhh



View CK dgn ais-krimnya. Anaku...anaku.

Di bawah nii penuh gambar pemandangan dari Osaka muzium ke Osaka Castle.. Korang layanjelah.... biar gambar-gambar foto tu menceritakan sendiri....



View ........Tengok je..jangan kata apa-apa

View....Tengoik mcm mana mereka menjaga pokok tanaman yang ada.. Siap berbalut lagi ketika musim sejuk....


View Pintu masuk ke Osaka Castle

 
View melepasi pintu masuk..

Fees masuk ke Osaka Castle ialah 600 yen seorang ..tp kami masuk free je sebab dah ada Osaka 2 day pass. Di dalamnya banyak sejarah pasal maharaja Jepun dari pelbagai era pemerintahan masing-masing. Walaubagaimanapun kami tak lama di dalam Osaka Castle nii sebab takut hujan, kebetulan pulak cuaca mendung dan kami belum lunch lagi.



Dekat nak sampai Osaka Castle...kami jumpa seorang pakcik yg sebuk memberi burung merpati makan. Kami pun joint laa. Rupanya diaorang promote jual makanan burung tu... Tp mereka tak paksa beli pun...Apapun kami terhibur melihat CK enjoy sangat walaupun jerit takut...




View.. Sudah tentu burung merpati atas tangan I tu betina yang cun....

Akhirnya kami sampai kat Osaka Castle...

View dari depan...Pelancong memang ramai termasuk yg local...








View....Hantu Jepun Cun dengan anaknya... Ha  Ha

View Ck dengan replika ais-krim lagi.....


View..Meriam betul betul depan pintu masuk


View kisah hal Maharaja lama Jepun

View.. CK cuba mendapat mohor di raja Jepun


Selepas lunch di perkarangan luar Osaka Castle park, kami bergerak destinasi seterusnya iaitu Tennoji Zoo sebab CK suka haiwan. Kami sepakat Ok sebab ada kupon masuk free ke situ.



Kita sambung cerita...next entry........